Skip to main content

Malaysia

PM Anwar ucap tahniah, doa urusan jemaah haji Malaysia dipermudah

SEPANG, 18 April -- Sebanyak 284 jemaah haji Malaysia berlepas ke Tanah Suci awal pagi ini, menandakan bermulanya musim haji bagi 1447H/2026M.  Kumpulan pertama itu berlepas dari Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 4.05 pagi menaiki pesawat Malaysia Airlines MH8050 dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz, Madinah pada 7.50 pagi waktu tempatan (Arab Saudi), hari yang sama.  Mereka terdiri daripada 141 jemaah yang berlepas dari stesen Alor
Perdana Menteri Anwar mengucapkan tahniah kepada jemaah haji Malaysia yang terpilih bagi menunaikan rukun Islam kelima itu, tahun ini. - Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan tahniah kepada jemaah haji Malaysia yang terpilih bagi menunaikan rukun Islam kelima itu, tahun ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook beliau, Anwar menzahirkan rasa syukur atas keberangkatan kumpulan jemaah ke Tanah Suci bermula awal pagi tadi.

Advertisement

“Sesungguhnya, ibadah haji adalah perjalanan agung yang menuntut pengorbanan, keikhlasan, kesabaran dan ketakwaan,” kata beliau menerusi hantaran itu.

Selain itu, Perdana Menteri turut mendoakan agar segala urusan jemaah dipermudah, dikurniakan kesihatan yang baik serta sentiasa di bawah perlindungan Allah SWT sepanjang berada di Tanah Suci.

“Mudah-mudahan seluruh jemaah dikurniakan haji mabrur yang tiada balasan melainkan syurga, serta pulang ke tanah air dengan membawa keberkatan, keinsafan dan semangat untuk menjadi hamba Allah SWT yang mukhlisin,” kata Anwar.

Sebanyak 31,600 jemaah haji Malaysia akan menunaikan ibadah haji tahun ini dengan kumpulan pertama terdiri daripada 284 orang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada 4.05 pagi tadi menaiki pesawat Malaysia Airlines MH8050.

Penerbangan terakhir membawa jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci adalah pada 20 Mei ini. 

-- BERNAMA

 

Must Watch Video