awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Latvia lapor kerosakan kabel dasar laut di Laut Baltik
Menteri Luar Norway sokong kedaulatan Denmark susulan Trump kembali berminat terhadap Greenland
Indonesia zahir kebimbangan terhadap perkembangan terkini di Venezuela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar ucap tahniah PPUM cipta sejarah pemindahan hati bayi 4 bulan

Astro Awani
Astro Awani
04/01/2026
04:40 MYT
PM Anwar ucap tahniah PPUM cipta sejarah pemindahan hati bayi 4 bulan
Anwar berkata, kejayaan itu mencerminkan tahap kepakaran, profesionalisme serta dedikasi tinggi warga kesihatan negara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada pasukan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana berjaya melaksanakan pemindahan hati kepada bayi lelaki berusia empat bulan seberat 6.2 kilogram.

Ringkasan AI
  • Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada pasukan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana berjaya melaksanakan pemindahan hati kepada bayi lelaki berusia empat bulan seberat 6.2 kilogram, mencerminkan tahap kepakaran dan profesionalisme warga kesihatan negara.
  • Bayi tersebut sebelum ini mengalami kegagalan hati dan memerlukan pemindahan hati dengan segera, tetapi jantungnya terhenti secara tiba-tiba beberapa minit sebelum prosedur bermula, mencetuskan suasana cemas di Unit Rawatan Rapi Pediatrik PPUM.
  • Proses pemindahan hati berisiko tinggi dan rumit, namun berjaya dilaksanakan dengan kepakaran pakar bedah, pakar bius, dan jururawat di PPUM.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Menurut Anwar kejayaan itu mencerminkan tahap kepakaran, profesionalisme serta dedikasi tinggi warga kesihatan negara.
“Tahniah kepada pasukan perubatan PPUM atas kejayaan bersejarah,” katanya menerusi kenyataan yang disiarkan di laman X hari ini.
Tahniah kepada pasukan perubatan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) atas kejayaan bersejarah melaksanakan pemindahan hati kepada bayi berusia empat bulan seberat 6.2 kilogram. Ia mencerminkan tahap kepakaran, profesionalisme serta dedikasi tinggi warga kesihatan negara, https://t.co/44aIRVr2Dz
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) January 4, 2026
Sebelum ini, media melaporkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata bayi itu mengalami kegagalan hati dan memerlukan pemindahan hati dengan segera daripada ibunya pada 25 Nov lepas.
Bagaimanapun, beberapa minit sebelum prosedur bermula, jantung bayi itu terhenti secara tiba-tiba sehingga mencetuskan suasana cemas di Unit Rawatan Rapi Pediatrik PPUM.
Dr Dzulkefly berkata meskipun prosedur berkenaan berisiko tinggi serta rumit memandangkan pembuluh darah bayi itu sangat halus, namun dengan kepakaran pakar bedah, pakar bius dan jururawat di PPUM, prosedur pembedahan pemindahan hati itu berjaya dilaksanakan.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah kejayaan yang telah dicapai oleh pasukan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)? A: Pasukan PPUM berjaya melaksanakan pemindahan hati kepada bayi lelaki berusia empat bulan seberat 6.2 kilogram, mencerminkan tahap kepakaran dan profesionalisme warga kesihatan negara.
  • Q: Mengapa prosedur pemindahan hati kepada bayi tersebut menjadi berita penting? A: Prosedur pemindahan hati kepada bayi tersebut menjadi berita penting kerana bayi itu mengalami kegagalan hati dan memerlukan pemindahan hati dengan segera, namun jantungnya terhenti secara tiba-tiba sebelum prosedur bermula, mencetuskan suasana cemas di Unit Rawatan Rapi Pediatrik PPUM.
  • Q: Siapakah individu yang mengucapkan tahniah kepada pasukan perubatan PPUM? A: Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan individu yang mengucapkan tahniah kepada pasukan perubatan PPUM atas kejayaan pemindahan hati kepada bayi lelaki berusia empat bulan.

Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#bayi
#Malaysia
#PPUM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan