awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar ucap takziah, sedih tragedi enam beranak maut di Sungai Korok

Bernama
Bernama
07/07/2025
15:54 MYT
PM Anwar ucap takziah, sedih tragedi enam beranak maut di Sungai Korok
Sebahagian ahli keluarga dan kenalan tidak dapat menahan kesedihan selepas melihat enam mayat yang ditemukan dalam sebuah kereta di dalam Sungai Korok, dekat Jitra hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa sedih dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga enam beranak yang ditemui meninggal dunia dalam sebuah kereta di Sungai Korok, dekat Jitra, Kedah, hari ini.
Menerusi hantaran di platform X, Anwar turut mendoakan agar seluruh ahli keluarga mangsa diberikan ketabahan menghadapi ujian berat itu.
"Saya amat sedih dan berdukacita menerima khabar tragedi menyayat hati melibatkan enam sekeluarga ini.
"Moga mereka dikurniakan ketabahan menghadapi ujian yang amat berat ini, dan roh semua mangsa dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman," katanya.
Tragedi menyayat hati itu membongkar misteri kehilangan enam beranak sejak Sabtu lalu, selepas waris mengesahkan identiti mayat yang ditemukan dalam kereta Proton Iswara yang tenggelam di sungai berkenaan.
Mangsa dikenal pasti sebagai pasangan suami isteri, Mohamad Azim Izat Ishak, 32, dan Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31, bersama empat anak mereka, Putra Rayyan Nur Izzat, 9; Hawa Adriana Nur Izzat, 8; Annayla Humaira Nur Izzat, 7; dan Tuah Haydar, enam bulan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#takziah
#tragedi enam beranak
#Sungai Korok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan