awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
5,819 murid pendidikan khas terima Sijil Alternatif Sekolah Menengah 20 Jan ini - KPM
Malaysia sasar perluas kerjasama pelancongan dengan Vietnam
Filipina tawar ganjaran AS$160,000 untuk bantuan tangkap taikun perjudian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kereta dipercayai dinaiki enam beranak ditemukan dalam Sungai Korok

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
07/07/2025
01:30 MYT
Kereta dipercayai dinaiki enam beranak ditemukan dalam Sungai Korok
Sebuah kereta dipercayai dinaiki enam beranak (gambar kecil) ditemukan dalam Sungai Korok, Alor Setar, pada Isnin.
ALOR SETAR: Kehilangan enam sekeluarga termasuk seorang bayi berusia enam bulan dikhuatiri hilang selepas gagal dihubungi sejak Sabtu masih belum ditemukan.
Namun, hari ini, sebuah kereta pula ditemukan dalam tenggelam di Sungai Korok, di sini, sekali gus memberi bayangan pada kehilangan keluarga berkenaan.
Sekalipun, jenis kereta tersebut belum dapat dipastikan, namun, pasukan bomba mengesahkan terdapat mangsa di dalam kenderaan itu.
Ketika ini, anggota pasukan keselamatan itu sudah berada di lokasi dan sedang sedang melakukan siasatan bagi mengenal pasti mangsa.
Sebelum ini media melaporkan enam sekeluarga termasuk seorang bayi berusia enam bulan dikhuatiri hilang selepas gagal dihubungi oleh ahli keluarga yang lain sejak Sabtu lepas.
Kehilangan Mohd Azim Ezzat Ishak, 32, isterinya, Nurul Hidayah Khalijah Razman Effendy, 31, serta empat anak mereka berusia enam bulan hingga sembilan tahun itu disedari apabila tidak pulang ke rumah di Jerlun selepas bermalam di rumah ahli keluarga yang lain di Taman Aman di Jitra.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Mohd Radzi Abdul Rahim mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan pasangan suami isteri bersama empat anak mereka.
Astro AWANI akan membawa perkembangan terkini mengenai kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa tragedi berkenaan.
Topic Berkaitan
#enam beranak hilang
#kereta tenggelam
#Sungai Korok
#mencari dan menyelamat
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan