MALAYSIA
PM Anwar umum penghargaan buat rakyat 10.30 pagi ini

Anwar berharap insentif yang bakal diumumkan dapat memberikan manfaat menyeluruh dan menjadi refleksi komitmen bersama untuk membina masa depan yang lebih adil dan sejahtera. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Tumpuan hari ini bakal terarah kepada pengumuman khas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penghargaan kepada rakyat Malaysia, yang dijadual berlangsung pada 10.30 pagi.
Ringkasan AI
- Datuk Seri Anwar Ibrahim akan umum penghargaan khas kepada rakyat pada 10.30 pagi.
- Inisiatif mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI terhadap kesejahteraan rakyat.
- Disiarkan langsung di Astro AWANI, dijangka sentuh isu kos sara hidup.
Minggu lalu, Anwar telah memberi bayangan bahawa beliau akan membuat pengumuman besar sebagai bentuk penghargaan luar biasa kepada rakyat, mencetuskan pelbagai spekulasi serta harapan dalam kalangan masyarakat.
Beliau sebelum ini menyatakan pengumuman tersebut mungkin dilakukan pada Isnin atau Selasa, dan dijangka ada kaitan dengan langkah menangani kos sara hidup.
Astro AWANI akan menyiarkan secara langsung pengumuman penghargaan tersebut pada pukul 10.30 pagi ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami