PM Anwar umum peruntukan tambahan RM5 juta untuk Zoo Negara

Anwar ketika lawatan pembukaan rasmi Pusat Konservasi Giant Panda (PKGP), di sini, pada Sabtu.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM5 juta bagi pengurusan dan penyelenggaraan Zoo Negara.
Ringkasan AI
- Peruntukan tambahan RM5 juta diumumkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim bagi pengurusan dan penyelenggaraan Zoo Negara, khususnya sempena pembukaan rasmi Pusat Konservasi Giant Panda.
- Kedatangan panda Chen Xing dan Xiao Yue dari China pada November 2025 menandakan hubungan diplomatik yang erat antara Malaysia dan China, dengan mereka berperanan dalam memperkenalkan alam semula jadi kepada pelawat, termasuk kanak-kanak sekolah.
- Panda-panda tersebut menunjukkan tingkah laku normal dan aktif, memberi keyakinan bahawa mereka telah menyesuaikan diri dengan baik selepas melalui proses kuarantin, sedia untuk dibuka kepada lawatan awam di PKGP dalam masa terdekat.
“Tahun ini saya luluskan lagi RM5 juta untuk pengurusan Zoo Negara dan penyelenggaraan kawasan.
“Kepada seluruh pasukan terlibat yang berkemahiran menjaga panda ini, satu pencapaian membanggakan, kerana saya diberitahu mereka sangat memilih, antaranya pemakanan,” kata Anwar.
Panda Chen Xing (jantan) dan Xiao Yue (betina) tiba di Malaysia pada 15 November 2025 sebagai utusan khas dari China, mencerminkan hubungan diplomatik erat kedua-dua negara.
“Terima kasih kepada Presiden China, Xi Jinping, Premier China, Li Qiang dan kerajaan negara China kerana memberikan sumbangan yang bererti.
“Panda ini dapat menyalurkan pendedahan kepada lawatan anak-anak sekolah supaya mesra alam, selaras konsep negara MADANI iaitu kehijauan, kelestarian dan kawasan yang serasi dengan alam,” jelas Anwar.
PKGP berkenaan kini dibuka untuk lawatan awam.
Ssetakat ini Chen Xing dan Xiao Yue menunjukkan tingkah laku normal serta aktif yang menandakan tahap penyesuaian baik selepas melalui proses kuarantin.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


