awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu rumah ibadat, protes GARAH perlu ditangani berteraskan semangat perpaduan - Aaron
Lelaki dan wanita ditemui meninggal dunia di rumah, dipercayai lebih seminggu
Peranan Malaysia bantu konflik Thailand-Kemboja antara tumpuan Dewan Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar zahir ucapan takziah kepada keluarga Mohd Kamal Hassan

Astro Awani
Astro Awani
23/02/2023
03:10 MYT
PM Anwar zahir ucapan takziah kepada keluarga Mohd Kamal Hassan
Anwar bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika menziarah keluarga Allahyarham pada Khamis. -Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Allahyarham Prof Ulung Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan yang meninggal dunia pada Khamis.
Anwar dalam satu catatan di akaun Facebook berkata Allahyarham merupakan tokoh pemikir Islam yang banyak memberikan sumbangan besar kepada dunia akademik, penyelidikan, pendidikan serta pembangunan modal insan.
"Saya mengutuskan salam takziah kepada keluarga serta mendoakan roh Allahyarham ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh," kata beliau yang menyifatkan pemergian Mohd Kamal meninggalkan bekas yang mendalam kepada sanubari umat.
Allahyarham meninggal dunia pada usia 80 tahun disebabkan komplikasi berkait rapat dengan prosedur surgeri awal pagi ini.
Jenazah Allahyarham Mohd Kamal dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Baru Bangi.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Mohd Kamal Hassan
#takziah
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan