awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angin kencang, ribut salji diramal di seluruh Jepun
Penambahbaikan waktu bekerja, elaun lebih masa - KPPA
[TERKINI] Kes 1MDB: Najib didapati bersalah atas semua 25 pertuduhan babitkan dana RM2.3 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tokoh ilmuan Mohd Kamal Hassan meninggal dunia

Fahmi Izuddin
Fahmi Izuddin
22/02/2023
23:20 MYT
Tokoh ilmuan Mohd Kamal Hassan meninggal dunia
Allahyarham Mohd Kamal meninggal dunia pada usia 80 tahun.
KUALA LUMPUR: Bekas rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Ulung Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan meninggal dunia pada usia 80 tahun awal pagi Khamis.
Allahyarham meninggal dunia disebabkan komplikasi berkait rapat dengan prosedur surgeri.
Berita pemergiannya dikongsikan anak Allahyarham kepada Astro AWANI.
Dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan, Mohd Kamal memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dari Universiti Malaya pada tahun 1965 sebelum meneruskan pengajian di peringkat Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah di Columbia University, New York pada 1975.
Ketokohan beliau diiktiraf sehingga ke peringkat antarabangsa dan menjadi tokoh ilmuan yang cukup disegani.
Mohd Kamal diamanahkan sebagai Rektor UIAM pada 1999 hingga 2006 selain turut berperanan sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (Lepai), sebuah lembaga ditubuhkan dengan perkenan Majlis Raja-Raja.
Beliau dinobat sebagai Profesor Ulung atas sumbangan bakti beliau dalam dunia akademik.
Jenazah Allahyarham Mohd Kamal akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Baru Bangi pagi Khamis.
Topic Berkaitan
#Mohd Kamal Hassan
#Rektor UIAM
#tokoh ilmuan
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan