KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) segera menggunakan sumber sedia ada bagi mengatasi masalah banjir kilat yang berlaku di ibu negara baru-baru ini.
Tanpa mendedahkan jumlah dana yang diperlukan, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim berkata Perdana Menteri antara lain mahu dana kecemasan DBKL bagi tujuan itu dioptimumkan.
"Perdana Menteri telah mengarahkan Menteri Wilayah Persekutuan supaya membelanjakan serta-merta peruntukan daripada sumber DBKL dan kerajaan akan membayar balik nanti bagi menyelesaikan masalah banjir kilat," katanya dalam ucapan pada program Nur Ramadan di sini malam tadi.
Beliau berkata dana itu akan digunakan bagi menjayakan perangkaan pelan jangka pendek dan jangka panjang termasuk Kajian serta Konsep Mitigasi untuk Banjir Kilat di Kuala Lumpur dalam usaha meminimumkan impak urbanisasi terhadap persekitaran selain mengimbangi aspek sosial, ekonomi dan kesan persekitaran.
Katanya antara pelan itu ialah mengenal pasti lokasi hotspot secara terperinci, mengenal pasti sistem saliran sedia ada yang tidak dapat menampung kapasiti air hujan serta merangka penyelesaian mitigasi konseptual untuk lokasi hotspot banjir.
"Bagi menjalankan kajian ini, DBKL telah melantik IKRAM (Institut Kerja Raya Malaysia) selaku perunding. Kajian ini mengambil masa 12 bulan dan melibatkan lima fasa," katanya.
Beliau berkata antara langkah jangka pendek termasuk menempatkan pasukan pemantau di lokasi hotspot dan menempatkan pam mudah alih di kawasan hotspot banjir yang berfungsi memindahkan lebihan air bertakung ke kawasan bersesuaian seperti kolam takungan banjir.
Shahidan berkata antara pelan jangka pendek lain ialah pembelian lebih banyak pam mudah alih yang akan dilaksanakan serta-merta dan penggunaan beg pasir sebagai langkah mitigasi selain menempatkan 25 pasukan di lapangan bagi proses pembersihan kawasan hotspot banjir bermula esok.
Katanya pelan jangka panjang pula termasuk membina 'On Site Detention' (OSD) bawah tanah untuk menampung lebihan air apabila 'Flap Gate' tertutup selain menaik taraf sistem perparitan sedia ada membabitkan lapan projek termasuk di Jalan Jinjang, Sungai Kayu Ara, Sungai Toba dan Segambut Dalam.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 27 2022
Shahidan berkata Perdana Menteri antara lain mahu dana kecemasan DBKL bagi tujuan itu dioptimumkan. - Gambar fail
Polis geledah pejabat pemimpin Parlimen Eropah di Brussels
Pihak berkuasa Jerman melakukan penggeledahan di pejabat seorang ahli Parlimen Eropah di Brussels pada Selasa.
Kereta Safiq Rahim diserang dua lelaki bermotosikal
Selang dua hari selepas pemain Selangor FC Faisal Halim diserang, Safiq Rahim pula ditimpa malang apabila cermin keretanya dipecahkan menggunakan tukul besi.
Balu Navalny gesa rakyat Rusia tidak putus asa
Balu kepada pemimpin pembangkang Rusia Alexei Navalny, Yulia Navalnaya menggesa rakyat negara itu supaya tidak berputus asa memerangi rejim selepas pelantikan Vladimir Putin.
Perhimpunan Agung PBB mengundi Jumaat ini
Ia secara berkesan akan bertindak sebagai tinjauan global mengenai berapa banyak sokongan rakyat Palestin terhadap bidaan mereka, yang telah diveto dalam Majlis Keselamatan PBB bulan lalu oleh Amerika Syarikat.
Serangan di Rafah satu kesilapan, malapetaka kemanusiaan - PBB
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Selasa memberi amaran kepada Israel bahawa serangan ke atas Rafah akan menjadi kesilapan strategik, bencana politik dan kemanusian.
Kehadiran Agong ke Parlimen kukuhkan lagi hubungan dua hala
Di bawah pemerintahan Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Sultan Negeri Johor, hubungan negeri itu dengan Singapura semakin kukuh.
Ia dapat dilihat dari segi ekonomi dan hubungan antara rakyat.
Ia dapat dilihat dari segi ekonomi dan hubungan antara rakyat.
Vladimir Putin angkat sumpah sebagai Presiden bagi penggal kelima
Majlis angkat sumpah itu diadakan di Kremlin dengan diboikot Amerika Syarikat dan beberapa negara barat lain susulan perang antara Rusia-Ukraine.
Cuaca panas undang stres kalangan jemaah wanita
Dalam keadaan cuaca panas melampau dan untuk tempoh yang lama, ia boleh mengundang kepada stres atau tekanan sehingga berupaya menjejaskan kesihatan mental jemaah wanita yang menerima tawaran sebagai tetamu Allah di musim haji.
Mesyuarat JKKTN setuju perkukuh kawal selia BBP
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) yang bersidang hari ini bersetuju dengan cadangan memperkukuh kawal selia Badan Berkanun Persekutuan (BBP) melalui penggubalan akta.
Usaha bersepadu penting untuk mengekang jenayah
Usaha bersepadu di kalangan agensi-agensi dari pelbagai bidang adalah penting untuk mengekalkan kerangka keselamatan global, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau menyatakan bahawa akses internet dan kemajuan teknologi telah membawa ancaman baru dan mengubah landskap keselamatan, oleh itu perlunya pendekatan yang bersatu padu untuk menangani mereka.
Beliau menyatakan bahawa akses internet dan kemajuan teknologi telah membawa ancaman baru dan mengubah landskap keselamatan, oleh itu perlunya pendekatan yang bersatu padu untuk menangani mereka.
Mitigasi banjir Kuala Lumpur: PAC mula prosiding, panggil Shahidan dan DBKL
Keputusan memulakan prosiding tersebut dibuat susulan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2021 Siri 1 di Dewan Rakyat, hari ini.
DBKL kaji kurangkan kesesakan jalan raya yang tidak sepatutnya - Jalaluddin Alias
Antara fokus utama adalah untuk memastikan pengurusan jajaran jalan raya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dapat diselaraskan.
Banjir Kuala Lumpur: JPS saran guna tasik dalam taman awam sebagai kolam takungan
Nor Hisham berkata, langkah itu juga adalah lebih praktikal dan menjimatkan kos berbanding membina kolam takungan yang baharu.
RTB Sungai Bunus 'lupa' diselenggara punca KL terus banjir?
Astro AWANI mendedahkan status terkini RTB berkenaan yang terletak di kawasan PULAPOL Kuala Lumpur di Jalan Semarak, di sini.