KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan proses baik pulih kuarters Penjara Sungai Buloh disegerakan bagi memastikan ia siap menjelang akhir tahun ini.
Beliau berkata bagi tujuan itu, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri telah diminta menyegerakan proses baik pulih tersebut.
Anwar turut mengumumkan kelulusan peruntukan bagi pemasangan alat penyaman udara di Dewan Tan Sri Murad Ahmad, yang terletak dalam kawasan Penjara Sungai Buloh.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Sambutan Aidilfitri Jabatan Penjara Malaysia di sini hari ini sebelum meluangkan masa melawat Klinik Penjara Sungai Buloh.
Turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Ketua Pengarah Penjara Datuk Nordin Muhamad.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan, turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh pengurusan dan kakitangan Penjara Sungai Buloh yang memberi layanan cukup baik sewaktu beliau berada dalam tahanan.
Mengimbau kenangan sembilan tahun menjadi penghuni di situ, Perdana Menteri berkata ia mengajar beliau erti ehsan, rahmah dan amanah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 05 2023

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama sebahagian anggota Penjara Sungai Buloh ketika menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Penjara di Penjara Sungai Buloh hari ini. - Foto BERNAMA

Gaza di ambang bencana kemanusiaan - PBB
Tegas Antonio Guterres, dunia tidak boleh berpaling daripada isu yang melanda penduduk Gaza ketika ini.
![[LAPOR LANGSUNG] Israel tetap mahu berperang dengan Hamas [LAPOR LANGSUNG] Israel tetap mahu berperang dengan Hamas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51701303061_Netanyahu.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Israel tetap mahu berperang dengan Hamas
Israel mahu Hamas bukan hanya membebaskan penduduk Israel, tetapi juga anggota tentera yang ditahan.

Surah al-Jumuah bentuk pemikiran positif, sangka baik
Nouman Ali Khan berkata, menerusi kajian yang dilakukan dalam surah al-Jumuah, masyarakat perlu memahaminya dalam tiga peringkat.
Bapa anak lapan dipenjara 14 tahun
Seorang bapa kepada lapan anak dijatuhi hukuman penjara 14 tahun oleh Mahkamah Tinggi Tawau pada Rabu selepas didapati bersalah menyebabkan kematian isterinya di kediaman mereka di Semporna, enam tahun lepas.
Calon BN akan ada tugas penting sekiranya menang - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan calon Barisan Nasional (BN), Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor tidak hanya menjadi ahli parlimen biasa sekiranya menang.

Israel tetap mahu berperang dengan Hamas
Benjamin Netanyahu tegaskan tentera Zionis akan terus memerangi Hamas sehingga ke akhirnya.
Bencana banjir, pengecualian visa pelancong asing jadi tumpuan
Isu bencana banjir yang melanda ketika ini serta pengecualian visa 30 hari antara isu jadi tumpuan di Dewan Rakyat hari ini.
Mangsa di dua negeri menurun
Jumlah mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di dua negeri menunjukkan penurunan setakat pagi Khamis.
Kertas Putih dasar gaji progresif dibentang hari ini
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli hari ini akan membentangkan Kertas Putih cadangan dasar gaji progresif di Dewan Rakyat.

Asyraf Wajdi beri jaminan tiada MP UMNO akan berpaling tadah
Asyraf Wajdi berkata, ia mustahil dilaksanakan kerana ahli Parlimen UMNO terikat dengan perjanjian.

Peruntukan tambahan baik pulih kuarters, perkasa kebajikan anggota PDRM
Polis menzahirkan penghargaan kepada kerajaan terhadap peruntukan tersebut dalam usaha meningkatkan keselesaan warga PDRM.

Peruntukan RM150 juta diguna jaga kebajikan anggota, baik pulih kuarters lama polis - KPN
Ini termasuk mencari pejabat baharu ESSCom (Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah) yang selama ini disewa oleh PDRM.

PM arah proses baik pulih kuarters Penjara Sungai Buloh disegerakan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan proses baik pulih kuarters Penjara Sungai Buloh disegerakan bagi memastikan ia siap menjelang akhir tahun ini.