awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM beredar dari Istana Negara selepas kurang sejam menghadap Agong

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
06/10/2022
09:01 MYT
PM beredar dari Istana Negara selepas kurang sejam menghadap Agong
Ismail Sabri yang menaiki Toyota Vellfire hanya melambai tangan ke arah pengamal media yang menunggu di Pintu Satu, Istana Negara di ibu negara. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meninggalkan Istana Negara selepas kira-kira satu jam menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Beliau yang menaiki Toyota Vellfire hanya melambai tangan ke arah pengamal media yang menunggu di Pintu Satu, Istana Negara di ibu negara.
Pun begitu, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan beliau ketika keluar pada pukul 4.45 petang.
Terdahulu, kenderaan membawa Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang memasuki pekarangan Istana Negara pada jam 2.07 petang.
Kira-kira 100 media tempatan dan antarabangsa berkumpul di luar pintu masuk Istana Negara di sini seawal pukul 7.30 pagi berikutan spekulasi kuat yang mengatakan Perdana Menteri akan menghadap Agong bagi menasihatkan tarikh pembubaran Parlimen.
Media melaporkan, dalam satu pertemuan media tengah hari tari, Perdana Menteri memaklumkan agenda pembubaran Parlimen berkemungkinan dibincangkan dalam sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, petang ini.
Ismail Sabri berkata, perkara itu boleh dicapai sekiranya perihal berkaitan Kabinet diselesaikan awal.
Topic Berkaitan
#Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
#ismail sabri yaakob
#pembubaran Parlimen
#Pilihan Raya Umum ke-15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan