awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
NADI laksana penilaian keselamatan susulan siri pecah masuk, kecurian di Johor
Kajian semakan, pembaharuan undang-undang maritim dilaksana secara berperingkat
DJ Dave kekal bersemangat menyumbang kepada dunia seni
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM bertemu pemimpin Perikatan Nasional di Hilton Kuala Lumpur

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
01/11/2020
07:35 MYT
PM bertemu pemimpin Perikatan Nasional di Hilton Kuala Lumpur
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meninggalkan Hotel Hilton Kuala Lumpur selepas menghadiri perjumpaan dengan Perdana Menteri pada Ahad. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Beberapa presiden parti politik yang menganggotai kerajaan Perikatan Nasional (PN) mula meninggalkan Hotel Hilton di Kuala Lumpur sekitar pukul 2 petang tadi.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilihat antara yang terakhir meninggalkan hotel pada pukul 2.50 petang.
Presiden Parti Bersatu Sabah, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili pula antara pemimpin paling awal beredar diikuti Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menyusul meninggalkan hotel berkenaan ialah Presiden MIC, Tan Sri S Vigneswaran dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
Sehingga pukul 3 petang, kelibat Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin pula masih tidak kelihatan.
Media difahamkan Perdana Menteri masih berada dalam mesyuarat berkenaan.
Ketika berita ini ditulis juga, beberapa pemimpin lain dilihat memasuki hotel termasuk Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dan Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Fadillah Yusof.
Turut hadir ialah Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang tiba sekitar pukul 2.50 petang.
Azmin Ali tiba di Hotel Hilton Kuala Lumpur untuk bertemu Perdana Menteri. - Gambar Astro AWANI
Azmin Ali tiba di Hotel Hilton Kuala Lumpur untuk bertemu Perdana Menteri. - Gambar Astro AWANI
Setakat ini, intipati mesyuarat masih belum diketahui kerana semua pemimpin memilih untuk ‘mengunci mulut’ ketika ditanya oleh wartawan yang menunggu di lobi hotel tersebut.
Cuma Ka Siong dan Vigneswaran sahaja membuka mulut dan menyatakan pertemuan itu hanyalah ‘mesyuarat biasa’.
“Biasalah sebelum sidang Parlimen, kita akan bermesyuarat. Ini mesyuarat biasa sahaja,” kata Ka Siong.
Vigneswaran pula berkata, pertemuan itu hanyalah sekadar program ‘makan-makan sahaja’.
Difahamkan mesyuarat itu akan berakhir antara puul 4.30 petang ke 5 petang nanti.
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#Muhyiddin Yassin
#Perikatan Nasional
#Hilton Kuala Lumpur
#pertemuan
#mesyuarat
#Abdul Hadi Awang
#Zahid Hamidi
#Azmin Ali
#Wee Ka Siong
#Vigneswaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan