KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menzahirkan kebimbangan sekiranya tiada parti yang mendominasi kerusi Parlimen yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Ujarnya, sekiranya perkara itu berlaku, maka gabungan kerjasama politik perlu dilihat semula di antara parti-parti politik tertentu.
"Saya lebih lihat, selepas pilihan raya, (apa yang) lebih membimbangkan, ramai penganalisis politik (meramal) bahawa tidak ada parti akan menguasai sepenuhnya yang boleh menubuhkan kerajaan secara bersendiri... itu yang membimbangkan.
"Kalau tidak boleh tubuhkan kerajaan secara bersendiri iaitu satu kumpulan mempunyai lebih 112 (kerusi), kalau tidak ada, maka tentu sahaja akan wujud ketidakstabilan.
"Kita akan mempunyai Parlimen Tergantung atau 'Hung Parliament' di mana tidak ada siapa mempunyai majoriti menubuhkan kerajaan, sebab itu perlu ada gabungan baru antara parti-parti politik," jelasnya.
Ketika diminta mengulas sama ada bayangan kerjasama parti politik itu seperti yang dijalin kerajaan ketika ini, Perdana Menteri berkata, ia bergantung kepada jumlah kerusi yang berjaya dimenangi sesebuah parti.
"Ini yang kita sedang kita bimbangkan. Kalau tidak ada gabungan terbentuk, maka Parlimen akan tergantung, sebab itu bagi saya perlu ada parti yang mempunyai dominasi.
"Kalau tidak 112 (kerusi), sekali pun sekurang kurangnya 'single biggest majority', biar besar... tidak boleh hanya 20-30 kerusi yang akhirnya akan berlaku pertembungan," ujarnya.
Sementara itu, Perdana Menteri turut memberi gambaran bahawa PRU15 hanya akan diadakan selepas kerajaan bersedia dalam memulihkan ekonomi negara.
Jelasnya, fokus ketika ini adalah untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat terlebih dahulu sebelum gendang pilihan raya dipalu.
"Saya dah kata apabila kita bersedia untuk pilihan raya kita akan adakan pilihan raya, sepertimana saya sebutkan pilihan raya semakin dekat.
"Kalau tempoh tamat penggal ini bulan tujuh, sekarang dah bulan lapan dan nak masuk bulan sembilan, jadi setiap hari ia mendekatkan diri kita dengan pilihan raya, berubah hari ini, esok lebih dekat.
"Saya katakan bahawa apabila kita bersedia kita akan adakan pilihan raya sebab saya bersetuju dengan pandangan bahawa mandat rakyat perlu diberikan ruang (untuk) memilih kerajaan mereka," katanya.
Ujar Ismail Sabri, keputusan untuk mengadakan pilihan raya perlu dibuat dengan teliti selepas mengambil kira semua perkara.
"Macam macam ada pelbagai isu timbul, kerajaan sedang memulihkan ekonomi, kita nak meningkatkan kesejahteraan rakyat, pelbagai perkara yang kita akan lihat bukan setakat satu dua isu.
"Satu lagi, perlu kita lihat adakah tahun depan itu tahun yang baik untuk PRU? Jika kita kata tahun depan tahun ketidaktentuan ekonomi sebagai contoh.
"Mungkin tahun depan better atau lebih teruk, adakah kita perlu tunggu tahun depan? Tahun ini pun ada logiknya, tahun depan pun ada logiknya.
"Yang pasti pilihan raya pasti akan diadakan sama ada tahun ini atau tahun depan," katanya lagi.
Fareez Azman
Sat Aug 20 2022
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi gambaran bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hanya akan diadakan selepas kerajaan bersedia dalam memulihkan ekonomi negara. - Gambar fail/BERNAMA
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
PDRM siasat pengguna TikTok tawar RM5 juta bunuh PM
Polis sedang menjalankan siasatan berhubung ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tular di media sosial sejak pagi tadi.
Kerajaan salur RM80 juta minggu depan, segerakan pelaksanaan IDN - Anwar
Kerajaan melantik pusat penyelidikan dan pembangunan gunaan nasional, MIMOS Berhad sebagai agensi pelaksana program Identiti Digital Nasional (IDN) dengan peruntukan awal sebanyak RM80 juta.
Komen jelik terhadap PM: Polis nafi anggota terlibat
Polis menafikan anggotanya terlibat dalam satu hantaran jelik terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi media sosial pada Isnin.
PM ingatkan syarikat jaga kepentingan bumiputera tidak khianati amanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan syarikat yang menjaga kepentingan bumiputera supaya tidak mengkhianati amanah diletakkan dalam menjaga kepentingan golongan itu.
Gaji graduan turut diberi perhatian dalam mesyuarat minggu hadapan - PM
Mesyuarat pertama bagi mengkaji keseluruhan skim perkhidmatan dan saraan penjawat awam minggu depan akan turut merangkumi perbincangan mengenai gaji graduan.
PM ajak warga Pulau Pinang hadir sesi Temu Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput warga Pulau Pinang untuk hadir ke sesi Temu Anwar yang akan berlangsung di Universiti Sains Malaysia (USM) esok.
AUKU: KPT perhalusi fasal mengenai kebebasan dan autonomi pelajar - Khaled Nordin
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sedang mengkaji secara mendalam berkenaan pindaan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) 1971.
Malaysia-Filipina: Prospek hubungan pendidikan dua negara boleh dikembangkan - Penganalisis
Prospek hubungan pendidikan di antara Malaysia dan Filipina boleh dikembangkan sempena lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selama dua hari ke negara itu.
Pemikiran dan idealisme anak muda perlu diberi perhatian - PM Ismail Sabri
Pemikiran dan idea golongan muda di negara ini perlu diberikan ruang dalam proses libat urus dalam membangunkan negara.
Bajet 2023 rangkumi kepentingan semua segmen masyarakat - PM Ismail Sabri
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan bahawa Bajet 2023 dijangka merangkumi kepentingan semua lapisan masyarakat di negara ini.