PUTRAJAYA:'MyDigital-Blueprint Ekonomi Digital Malaysia' akan dilancarkan pada Jumaat ini yang dirangka sebagai landasan bagi menjadikan negara sebagai nadi digital serantau menjelang 2030, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Ia dijadual dilancarkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Mustapa berkata, untuk tujuan itu, kerajaan telah menubuhkan Majlis Ekonomi Digital bagi menetapkan dasar, pelaksanaan serta pemantauan strategi dan inisiatif ekonomi digital Malaysia.
Majlis yang dipengerusikan Perdana Menteri itu menjadi entiti tunggal dan mengambil alih semua jawatankuasa berkaitan digital dan teknologi sedia ada bagi memudahkan penyelarasan dan mengelakkan pertindihan tugas, katanya dalam taklimat bersama media di sini hari ini.
Beliau berkata, mesyuarat pertama majlis itu telah berlangsung pada November lepas dan akan bersidang semula pada Mac ini dan seterusnya setiap tiga bulan sekali.
Menurut Mustapa, majlis itu diterajui enam kluster iaitu Ekonomi, Masyarakat, Teknologi Baru Muncul, Bakat Digital, Infrastruktur Digital dan Data serta Kerajaan.
MyDigital adalah pendekatan baharu dan menyeluruh terhadap beberapa inisiatif teknologi maklumat dan digital sedia ada sebelum ini termasuk Koridor Raya Multimedia (MSC).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 15 2021

'MyDigital-Blueprint Ekonomi Digital Malaysia' dijadual dilancarkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Gambar fail

Lebih lima sindiket dadah didalangi VVIP - Ketua Polis Negara
Beliau memberi jaminan, mereka tidak lagi boleh melarikan diri atau bersembunyi kerana pihak polis telah mempunyai data serta maklumat lengkap mengenai mereka.

AWANI RIngkas: Parlimen dibubar selepas COVID-19 ditangani

Johor harap rundingan buka sempadan bersambung semula susulan pelaksanaan imunisasi
Ia perlu dilakukan dengan mengambil kira faktor bahawa rakyat kedua-dua negara telah mengambil dos vaksin bagi memastikan imunisasi terhadap wabak COVID-19.

COVID-19: Saarani antara individu terawal terima vaksin di Perak
Ia menjadikan beliau antara individu terawal menerima suntikan tersebut di negeri ini.

LHDN | RM123.093 bilion cukai langsung berjaya dikutip pada 2020
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) merekodkan kutipan 123.093 bilion ringgit cukai langsung pada tahun 2020. Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Sabin Samitah, kutipan yang dibuat adalah lebih 1.393 bilion ringgit atau 1.15 peratus lebih tinggi berbanding sasaran iaitu 121.7 bilion ringgit.

Sesi Persekolahan | Ibu-bapa lega, SOP ketat anak selamat di sekolah
Sesi Persekolahan bagi tahun 2021 membuka tirainya pada Isnin apabila murid pra-sekolah, tahun 1 dan 2 dibenarkan ke sekolah bermula hari ini.Tinjauan Astro Awani di Sekolah Kebangsaan Jalan Kuantan 1 dan 2 di ibu negara mendapati rata-rata ibu-bapa sangat teruja melihat anak mereka memulakan proses pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka.

COVID-19: Tidak wujud dakwaan 'potong giliran' pemberian vaksin di Perak - MB
Datuk Saarani berkata tidak wujud istilah 'potong giliran' dalam pemberian vaksin melikatkan Exco negeri.

Analisis setahun Malaysia Prihatin
Hari ini, genap setahun pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional, yang diketuai oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Jadi kita juga ingin melihat dari aspek ekonomi, kewangan serta pembangunan negara menyoroti semula satu tahun ini atau kita nak analisis setahun Malaysia Prihatin ini. Untuk itu kita bersama Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam.

Kerangka Pemulihan Komprehensif ASEAN jamin akses vaksin negara - Muhyiddin
Kerangka Pemulihan Komprehensif ASEAN yang dipersetujui semasa Sidang Kemuncak Asean ke-37, menjamin Malaysia sentiasa mempunyai akses kepada vaksin, termasuk vaksin generasi baharu, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

'Mak Kata Jangan' kempen peringkat nasional, gerakan #RasuahBusters terus dipergiat
Teras utama kempen adalah bagi mewujudkan satu rantaian yang akan memberi impak kepada aktiviti pembasmian rasuah di negara ini.

PM dijadual lancarkan 'MyDigital-Blueprint Ekonomi Digital Malaysia' hari ini
'MyDigital' dirangka sebagai landasan jadikan negara sebagai nadi digital serantau menjelang 2030.M

PM dijadual lancarkan 'MyDigital-Blueprint Ekonomi Digital Malaysia' Jumaat ini
'MyDigital-Blueprint Ekonomi Digital Malaysia' akan dilancarkan pada Jumaat ini yang dirangka sebagai landasan bagi menjadikan negara sebagai nadi digital serantau menjelang 2030.