KUALA LUMPUR: Individu yang menjadikan fitnah sebagai kegiatan harian dinasihatkan meninggalkan amalan membadutkan diri dan merosakkan fikrah masyarakat kerana Islam itu rahmah dan menolak fitnah.
Setiausaha Politik Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim berkata Ramadan dan Syawal sepatutnya diisi dengan amal dan sikap yang lebih baik.
Sebaliknya beliau berkata bulan suci dirempuh dengan hamburan politik yang berbaur fitnah oleh beberapa watak yang mempunyai dendam tidak berkesudahan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang gigih mengemudi bahtera negara ke mercu yang lebih tinggi.
"Ini jelas menampakkan keterdesakan mereka untuk mengepung minda masyarakat dengan cerita yang direka-reka serta tanpa asas kukuh dan ini bukti kegagalan mereka untuk membawa sebarang isu yang ampuh ke arah Perdana Menteri dan pentadbiran MADANI.
"Peribadi kita tidak seharusnya dekat atau terpalit dengan amalan jelik sebegitu. Tahap pengetahuan diri mesti ditingkatkan dan sewajarnya berjalan sederap dengan usia agar tidak semudah diperlekeh umpama ulat sampah," katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya pada Sabtu.
Mengenai tahap kesihatan Perdana Menteri, Kamil yang merupakan antara individu yang dekat dengan Anwar berkata pemimpin negara itu baik walaupun diasak dengan jadual yang padat.
Menurutnya untuk sosok yang berumur 76 tahun seperti Anwar, adalah biasa untuk kadang kala mengalami sedikit demam atau alahan.
"Namun, kecekalan, semangat, ketangkasan serta kecerdasan beliau untuk bekerja terus mengampuh, malah untuk kami yang berada di barisan staf serta yang jauh lebih muda untuk mengejar 'pace' kerjanya juga kadang-kadang tertinggal.
"Beliau tidak berganjak dari tekadnya untuk merubah negara dan perubahan itu adalah proses yang mesti ditelan meskipun memakan masa dan menerima kecaman," katanya.
Justeru, Kamil menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak terhadap pemfitnah dan memberi ruang sebebas mungkin kepada pengkritik yang jujur kerana hak demokratik tidak mencakup amalan memfitnah dan rekayasa.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 13 2024

Muhammad Kamil berkata Ramadan dan Syawal sepatutnya diisi dengan amal dan sikap yang lebih baik. - Foto fail/BERNAMA
Situasi terkini di Bangkok dan langkah keselamatan diambil kerajaan
Bersama koresponden AP Jeremy Koh mengenai situasi terkini di Bangkok dan langkah keselamatan diambil kerajaan.

Produk Desa tidak terlibat dengan sebarang kesalahan undang-undang - PDRM
Hasil siasatan lanjut mendapati produk ayam sejuk beku Desa tidak terlibat dengan sebarang kesalahan menyalahi undang-undang.

“Sumpah rasa gegaran”- Hariz Hamdan cemas berdepan gempa bumi di Bangkok
Pelakon, Hariz Hamdan berdepan detik cemas apabila merasai gegaran gempa bumi yang berlaku di Bangkok, Thailand pada Jumaat.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya 10 maut akibat gempa di Myanmar
Gempa bumi kuat dengan bermagnitud 7.7 melanda tengah Myanmar pada Jumaat.
Bangunan dalam pembinaan di Thailand runtuh
Sebuah bangunan tinggi yang masih dalam pembinaan berhampiran pasar Chatuchak, Bangkok runtuh susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.7 yang melanda bahagian tengah Myanmar pada Jumaat.
Sekurang-kurangnya 43 individu disyaki terperangkap
Sekurang-kurangnya 43 orang dipercayai terperangkap di bawah runtuhan sebuah pencakar langit di Bangkok yang runtuh selepas berlaku gempa bumi kuat yang melanda Myanmar pada Jumaat (28 Mac).

Bayaran dam, korban Tanah Suci ditetapkan RM875 bagi seekor kibas - TH
Kadar bayaran dam dan penyertaan korban di Tanah Suci bagi musim haji 1446H/2025M adalah sebanyak RM875 untuk seekor kibas.

Kerajaan lulus RM38 juta untuk pengangkutan gula ke Sabah, Sarawak dan Labuan - Armizan
Kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM38 juta setahun bagi menampung kos pengangkutan perkapalan untuk membawa gula putih bertapis dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak, dan Labuan.
[TERKINI] Gempa bumi kuat landa Myanmar, beberapa negara turut terkesan
Gempa bumi dengan magnitud 7.7 landa Myanmar yang setakat ini telah mengorbankan seramai 15 orang. Junta Tentera Myanmar turut isytihar darurat di kawasan terlibat. Beberapa kawasan di Thailand turut terkesan dengan gegaran. Syaff Syukri bawakan perkembangan terkini situasi gempa di Myanmar
AWANI Ringkas: Gempa kuat landa Myanmar, negara jiran turut rasai gegaran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Malaysia perlu percepat eksplorasi dan aplikasi teknologi AI - PM Anwar
Malaysia perlu mempercepat eksplorasi dan aplikasi teknologi kecerdasan buatan (AI) dengan menggalakkan inovasi dan mengadaptasi pendekatan rentas kementerian dan agensi secara menyeluruh.

RM1.836 bilion Perbelanjaan Pembangunan untuk Terengganu tahun ini - PM
Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM1.836 bilion sebagai Perbelanjaan Pembangunan di Terengganu bagi tahun ini.

PM Anwar pengerusikan Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Terengganu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Terengganu di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Wilayah Timur.

PM saran KKR teruskan penggunaan teknologi terkini, jimat kos
Perdana Menteri berkata kementerian itu juga mesti berusaha menghasilkan infrastruktur yang berkualiti dan berfungsi sepertimana yang dimatlamatkan.

Sekolah bertingkat akan diperkenal bantu tangani masalah kepadatan - PM
Inisiatif sekolah bertingkat dengan kerjasama sektor korporat akan diperkenal bagi membantu menangani masalah kepadatan sekolah di kawasan bandar.

Projek rintis sekolah bertingkat dilaksana tahun ini atasi isu sekolah padat
Projek rintis sekolah bertingkat bakal dilaksanakan di Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Pulau Pinang bermula tahun ini bagi menangani isu sekolah padat.

PM dan isteri iftar bersama pelajar tahfiz, penduduk Taman Rakan Kajang
Perdana Menteri dan isteri tiba di Masjid Taman Rakan pada 6.50 petang bersama anak perempuan mereka, Nurul Ilham.

PM Anwar minta Kementerian Ekonomi beri perhatian 10 cadangan projek utama di Negeri Sembilan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Kementerian Ekonomi untuk memberikan perhatian khusus kepada 10 cadangan projek keutamaan di Negeri Sembilan.

Tindakan tegas terhadap sesiapa saja cuba timbul perpecahan dalam negara - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak sesekali cuba mencetuskan perpecahan di negara ini.

Susulan kejayaan Kampung Angkat MADANI, PM seru sektor swasta ambil ‘sekolah angkat’
Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan swasta disaran untuk menghulurkan bantuan kewangan terhadap sekolah-sekolah yang memerlukan.