awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM hadir sambutan Aidilfitri Menteri KUSKOP

Bernama
Bernama
16/05/2022
16:27 MYT
PM hadir sambutan Aidilfitri Menteri KUSKOP
Perdana Menteri hadir Majlis Ramah Mesra Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bersama Usahawan dan Koperasi Selangor serta Sambutan Aidilfitri di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini. - Foto BERNAMA
SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob malam ini hadir di majlis ramah mesra dan sambutan Aidilfitri Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar di Shah Alam Convention Centre (SACC) di sini.
Kehadiran Ismail Sabri pada kira-kira 8.50 malam disambut gembira dan meriah para tetamu yang hadir dengan ada yang mengambil kesempatan bergambar bersama Perdana Menteri.
Turut hadir bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi.
Ismail Sabri yang lengkap berbaju Melayu berwarna biru gelap meluangkan masa lebih sejam di majlis tersebut yang turut dihadiri kira-kira 10,000 tetamu.
Bercakap kepada media, Noh mengucapkan terima kasih atas usaha Perdana Menteri dalam mengawal dan mengekang wabak COVID-19 sehingga membolehkan negara memasuki Fasa Peralihan ke Endemik sekali gus membolehkan Hari Raya diraikan dengan meriah tahun ini.
"Saya kira jamuan raya di mana-mana pun sambutannya luar biasa sebab sudah dua tahun kita tidak adakan majlis Hari Raya. Saya ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri yang telah membuka semula sempadan dan membolehkan kita kembali seperti biasa," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kuskop
#Perdana Menteri
#ismail sabri yaakob
#Aidilfitri
#Noh Omar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan