Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat tidak menyalahkan kerajaan apabila musibah dan bencana alam melanda.

Jelas beliau selain faktor musim tengkujuh isu berkenaan juga dipengaruhi masalah pemanasan global.

Menurut Perdana Menteri, keadaan cuaca dan taburan hujan luar biasa melanda Pantai Timur baru-baru ini berkait rapat dengan perubahan iklim yang tidak menentu.

Untuk itu, jelas Najib kerajaan sentiasa mengambil langkah perlu untuk berdepan bencana alam.

Kerajaan juga menyediakan pelbagai bentuk bantuan untuk mangsa banjir selain mengambil langkah optimum bagi menyediakan kemudahan melalui agensi kerajaan termasuk Majlis Keselamatan Negara dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.