awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita mengamuk, cederakan pekerja restoran guna garpu didenda
PETRONAS tandatangani perjanjian bekalan LNG selama 20 tahun dengan QatarEnergy
Orang Asli tidak terpinggir proses pendigitalan perkhidmatan - Shamsul Anuar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM ingatkan syarikat jaga kepentingan bumiputera tidak khianati amanah

Bernama
Bernama
17/10/2023
11:44 MYT
PM ingatkan syarikat jaga kepentingan bumiputera tidak khianati amanah
Anwar berkata, kerajaan pernah berdepan "pengalaman buruk" kerana terpaksa memberi suntikan tambahan kepada syarikat berkaitan akibat tadbir urus yang lemah bagi menyelamatkan pegangan bumiputera. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan syarikat yang menjaga kepentingan bumiputera supaya tidak mengkhianati amanah diletakkan dalam menjaga kepentingan golongan itu.
Beliau berkata ini kerana kerajaan pernah berdepan "pengalaman buruk" kerana terpaksa memberi suntikan tambahan kepada syarikat berkaitan akibat tadbir urus yang lemah bagi menyelamatkan pegangan bumiputera.
"Satu pihak pengurusannya itu amat bobrok, sehingga merosakkan dan merugikan. Pengalaman ini menyakitkan, kerana kita lihat umpamanya Felda memerlukan suntikan RM8.3 bilion kerana pengurusan dan tatakelola lemah.
Kita ada lagi yang melibatkan syarikat yang memerlukan suntikan RM2.7 bilion daripada kerajaan untuk menyelamatkan daripada terlepas daripada tangan bumiputera," katanya pada Majlis Pelancaran Unit Tambahan Skim Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) di sini hari ini.
Perdana Menteri berkata keadaan sama turut berlaku kepada Tabung Haji sebelum ini yang berdepan masalah kerugian aset walaupun kini pengurusannya bertambah baik.
Topic Berkaitan
#PM
#Anwar
#Bumiputera
#syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan