awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Persekutuan putuskan perkataan "menghina" dan "menjengkelkan" selaras Perlembagaan
Jawatankuasa khas selaras pengurusan hal ehwal bukan Islam ditubuh di semua negeri
Penguatkuasaan terhadap aktiviti tidak berlesen diberi tumpuan utama - Tiong King Sing
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Ismail Sabri berbuka puasa bersama ketua kampung

Bernama
Bernama
28/04/2022
13:28 MYT
PM Ismail Sabri berbuka puasa bersama ketua kampung
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob beramah mesra bersama tetamu pada Majlis Berbuka Puasa bersama Ketua-Ketua Kampung di Seri Perdana malam ini. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini meluangkan masa berbuka puasa bersama ketua kampung dari seluruh negara di kediaman rasmi beliau di Seri Perdana di sini.
Majlis yang disertai lebih 1,000 hadirin turut dihadiri Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Hasbi Habibollah dan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar Datuk Ramlan Harun.
Antara yang hadir ialah wakil ketua kampung Parlimen Lipis, Pahang Datuk Zulkifli Othman, wakil ketua kampung Parlimen Limbang, Sarawak Pemanca Abu Bakar@ Abu bin Tinggal, wakil ketua kampung negeri Melaka Zulkilfi Mohamad dan wakil Johor Abd Halim Abd Razak.
Ismail Sabri turut menyantuni 37 anak yatim dari Rumah Bakti Al-Kausar, Bandar Baru Bangi, Selangor yang hadir menyerikan majlis itu serta memberikan sumbangan Aidilfitri kepada mereka.
Beliau kemudian menunaikan solat maghrib berjemaah bersama tetamu yang hadir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#ismail sabri yaakob
#buka puasa
#ketua kampung
#Seri Perdana
#kediaman rasmi
#Menteri Pembangunan Luar Bandar
#Mahdzir Khalid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan