KUALA LUMPUR: Semua pihak diminta supaya menerima baik proses demokrasi di negara ini yang melibatkan peralihan kepimpinan kerajaan, tanpa perlu mewujudkan suasana tidak harmoni dalam kalangan masyarakat.
Dalam satu kenyataan hari ini susulan pelantikan Perdana Menteri yang baharu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak tidak bertanggungjawab melakukan sebarang provokasi atau membangkitkan isu perkauman dan agama.
"Orang ramai juga diminta tidak menganjurkan sebarang perhimpunan atau perarakan berkaitan politik di tempat terbuka dalam masa terdekat demi keselamatan dan ketenteraman awam," katanya.
[LAPOR LANGSUNG] Pasca PRU15: Anwar Ibrahim Perdana Menteri ke-10 - Istana Negara
Beliau turut menasihatkan pengguna dan pemilik akaun media sosial untuk menjaga adab serta tingkah laku dalam mengeluarkan paparan yang boleh mencetuskan kegusaran kepada masyarakat.
Acryl Sani turut memberi komitmen Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memastikan tahap keselamatan dan ketenteraman awam kekal terjamin di bawah pentadbiran Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.
"PDRM akan terus kekal komited dalam memikul amanah yang dipertanggungjawab dalam menjaga keselamatan negara dan menjunjung kedaulatan undang-undang demi kesejahteraan masyarakat serta negara," katanya.
Acryl Sani turut merakamkan ucapan tahniah kepada Ahli Parlimen Tambun itu yang dilantik sebagai Perdana Menteri yang baharu selepas diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.
Anwar, 75, hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong.
Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri ke-10 berlangsung di Dewan Singgahsana Kecil, Istana Negara, di sini, pada 5.06 petang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 24 2022
Acryl Sani berkata tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak tidak bertanggungjawab melakukan sebarang provokasi atau membangkitkan isu perkauman dan agama. - Gambar fail
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Pindaan Akta 655 perkenal hukuman berat, kesalahan baharu
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bentangkan pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dengan memperkenalkan hukuman lebih berat dan kesalahan baharu.
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kerangka digital dulu permulaan, kini kemestian - PM
Katanya, ketika menerajui Kementerian Kewangan lebih 20 tahun lalu, industri pendigitalan hanya dianggap satu permulaan dan bukan kemestian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Malaysia seru proses peralihan kuasa secara aman di Syria - PM Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
Malaysia, Rusia perkukuh kerjasama STEM - PM Anwar
Anwar berkata, kepakaran Rusia yang diiktiraf dalam STEM selaras dengan aspirasi banyak negara Islam, termasuk Malaysia.
PM Anwar merafak sembah ucapan tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Selangor
Anwar mendoakan semoga Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin terus dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan.
Pembangunan perumahan mesti penuhi aspek manusiawi - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu projek perumahan khususnya rumah mampu milik, mesti memenuhi aspek manusia dan keperluan asas rakyat.