Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menghargai sikap Jepun yang sedia mempertimbangkan permohonan Malaysia untuk mendapatkan bantuan pinjaman mudah yang kini sedang dikaji oleh negara itu.
Hal itu disampaikan oleh Menteri Luar Jepun, Taro Kono kepada Dr Mahathir ketika Kono melakukan kunjungan hormat ke atas beliau di Perdana Putra di sini. Kono kini dalam rangka lawatan kerja dua hari ke Malaysia bermula Selasa.
Semasa melawat Jepun bulan lepas, Dr Mahathir telah memohon pinjaman yen dari Jepun dalam bentuk pinjaman mudah dan rakan sejawatannya Shinzo Abe memberitahunya akan mempertimbangkan permohonan itu.
Sebahagian daripada pinjaman itu dijangka digunakan untuk menyelesaikan hutang-hutang lama untuk menyeimbangi kos pinjaman yang tinggi.
Wisma Putra dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sempena kunjungan hormat Kono itu hari ini berkata, Dr Mahathir amat berpuas hati dengan hasil perbincangannya dengan Abe di Tokyo pada 12 Jun lepas di mana kedua-dua perdana menteri bersetuju untuk memperkasa dan memperkukuhkan semula Dasar Pandang ke Timur yang dilancarkan pada 1982.
"Selama lebih tiga dekad, Malaysia dan Jepun memperoleh manfaat daripada dasar tersebut dan mereka yakin dasar itu akan terus memberi manfaat kepada kedua-dua negara terutama dalam bidang pembangunan pendidikan dan sumber manusia," kata Wisma Putra.
Wisma Putra berkata dalam pertemuan dengan Kono, Dr Mahathir mengulangi tawaran kepada Jepun untuk membuka cawangan universiti-universiti Jepun di Malaysia bagi membuka lebih banyak peluang kepada pelajar Malaysia untuk belajar mengikut sistem pendidikan Jepun.
Menurut kenyataan Wisma Putra, dalam masa yang sama para pelajar juga boleh mempelajari bahasa Jepun dan yang lebih penting, mereka dapat mempelajari nilai dan budaya Jepun, yang terbukti telah membantu memacu kejayaan negara itu yang amat mengagumkan.
Menurut Wisma Putra lagi, Dr Mahathir berkata universiti itu juga akan lebih mudah diakses penuntut Malaysia dan mampu menarik pelajar antarabangsa bukan sahaja dari rantau dekat tetapi juga dari rantau jauh seperti Afrika, Asia Tengah dan Timur Tengah.
Kementerian Luar juga berkata Kono telah menyatakan akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Sukan dan Teknologi negaranya berhubung tawaran Malaysia itu.
Wisma Putra berkata Dr Mahathir dan Kono juga gembira dengan keadaan semasa hubungan dua hala antara kedua-dua negara dan berharap hubungan erat dan kerjasama yang telah sedia terjalin antara kedua-duanya dalam pelbagai bidang dapat diperkukuh dan dipertingkatkan lagi.
Pada 2015, Malaysia dan Jepun bersetuju untuk mempertingkatkan taraf hubungan mereka yang sedia kukuh kepada hubungan rakan strategik.
Menurut Wisma Putra, Dr Mahathir juga menyambut baik kesediaan Jepun untuk menghantar pakar-pakarnya ke Malaysia untuk mengkaji pelbagai kaedah untuk mengoptimumkan penggunaan sistem pengangkutan kereta api di Malaysia terutama sistem landasan berkembar.
"Berikutan rakyat Malaysia semakin menerima baik penggunaan pengangkutan awam, langkah untuk mengoptimumkan penggunaan sistem pengangkutan kereta api akan dapat membantu mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas di pusat bandar raya," kata Wisma Putra lagi.
Wisma Putra berkata Dr Mahathir dan Kono juga berbincang mengenai pelbagai perkara berhubung perkembangan serantau termasuk isu-isu berkaitan Semenanjung Korea.
"Perdana Menteri dan Kono bersetuju bahawa masyarakat antarabangsa harus menyokong usaha pelupusan senjata nuklear di Semenanjung Korea dan pada masa yang sama komited untuk melaksanakan sekatan di bawah resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu," tambahnya.
Mengenai perkembangan di Laut China Selatan, Dr Mahathir dan Kono bersetuju agar ASEAN memainkan peranan lebih aktif dan menguruskan situasi dan konflik di Laut China Selatan.
"Jepun telah menyatakan minat untuk bekerjasama dengan ASEAN dalam perkara ini," kata Wisma Putra.
Wisma Putra berkata Jepun juga memaklumkan bahawa ketua perundingnya untuk Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) akan datang ke Malaysia untuk memberi penerangan kepada Kerajaan Malaysia mengenai perjanjian itu.
Dr Mahathir turut melahirkan rasa dukacita atas kejadian banjir dan tanah runtuh di barat Jepun.
Kejadian yang berpunca daripada hujan lebat itu telah menyebabkan kerosakan teruk di beberapa kawasan di Hiroshima, Osaka, Shiga, Hyogo, Okayama, Kyoto dan Fukuoka, mengakibatkan lebih 100 nyawa terkorban dan banyak lagi yang masih hilang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 12 2018
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Menteri Luar Jepun Taro Kono semasa menerima kunjungan itu di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, 11 Julai, 2018. --fotoBERNAMA
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Ada surat sita barang, tapi tiada waran masuk rumah - Vida
Vida berkata, plaintif berjaya memasuki kawasan rumah atas dasar kerjasama yang diberikan pekerja, namun ia di luar pengetahuannya.
Buy Now Pay Later ibarat hutang buku '555', tiada duit tapi mahu melaram - Penganalisis
Zaman dulu konsep berhutang satu aib, malu kalau kita berhutang tapi sekarang konsep itu tidak wujud lagi kerana yang penting kita ada sesuatu untuk menunjuk-nunjuk.
Pertumbuhan hutang Kerajaan Persekutuan dijangka turun kepada 7.5 peratus pada 2024
Sehingga akhir Jun 2024, hutang Kerajaan Persekutuan berjumlah RM1.22 trillion.
Lempar bom petrol, polis buru tiga Ah Long
Polis sedang memburu tiga individu disyaki Ah Long yang melempar bom petrol ke sebuah rumah di Taman Bintang, Pantai Remis.
AKPK lapor 53,000 individu bawah 30 tanggung hutang terkumpul RM1.9 bilion
Seramai 53,000 individu berumur bawah 30 tahun didapati dibebani hutang terkumpul berjumlah RM1.9 bilion.
Naikkan nilai martabat manusia cara tangani krisis global
Martabat manusia boleh berfungsi dalam mencari pendekatan yang lebih berkesan dan berperikemanusiaan untuk menyelesaikan pelbagai masalah.
Kebankrapan di Jepun meningkat ke tahap tertinggi dalam sedekad - Tinjauan
Kebankrapan korporat di Jepun meningkat sebanyak 22 peratus tahun ke tahun ke tahap tertinggi dalam sedekad pada separuh pertama tahun ini.
5 sebab duit KWSP cepat habis - Pakar
Antara faktornya ialah ubah suai rumah, menjadi bank tanpa faedah untuk anak-anak dan membuat pelaburan yang tidak bermanfaat.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Kerajaan sudah bayar RM48.06 bilion hutang 1MDB
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memberitahu, jumlah itu termasuk bayaran AS$3 bilion (RM14.2 bilion) yang dibuat pada Mac 2023 menerusi Belanjawan 2023.