awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM mahu program selawat diadakan di seluruh negara

Bernama
Bernama
29/07/2023
15:54 MYT
PM mahu program selawat diadakan di seluruh negara
Anwar berkata ini kerana program seumpama itu berupaya mengetuk pintu hati ummah untuk mengingati dan mencintai junjungan Nabi Muhammad SAW. - Gambar Bernama
SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu program memperingati Rasulullah SAW seperti Majlis Darul Ehsan Berselawat 2.0 yang diadakan di Selangor diteruskan ke seluruh pelosok negara.
Beliau berkata ini kerana program seumpama itu berupaya mengetuk pintu hati ummah untuk mengingati dan mencintai junjungan Nabi Muhammad SAW.
"Terima kasih kepada Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari yang memeriahkan Selangor dengan gegaran selawat dan selepas Selangor, kita akan jelajah seluruh negara selepas Pilihan Raya Negeri," katanya ketika berucap pada Majlis Darul Ehsan Berselawat 2.0 di Stadium Tertutup Malawati malam ini.
Perdana Menteri berkata negara MADANI pimpinan beliau ditegakkan dengan nilai dan akhlak mengikut contoh Nabi Muhammad SAW dan seharusnya kesedaran untuk mengingati serta berselawat kepada baginda disebarkan ke seluruh Malaysia yang tercinta.
Majlis Darul Ehsan Berselawat 2.0 anjuran Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) dengan kerjasama Pertubuhan Damai dan Cinta Insani (Pendamai) merupakan kesinambungan program pertama pada 14 Jan lepas yang mendapat sambutan menggalakkan.
Acara selawat dan zikir munajat malam ini turut menampilkan ulama serta pendakwah terkenal seperti Sheikh Abu Zaki, Ustaz Neezam Al-Banjari dan Ustaz Dr Ahmad Farkhurrazi yang menarik lebih 5,000 hadirin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pendakwah
#pilihan raya negeri
#akhlak
#Pekawanis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan