Skip to main content

Malaysia

USM, UKM tersenarai dalam kelompok tujuh universiti terbaik dunia

Kuala Lumpur , 10 Jun 2026. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir menyampaikan ucapan berikutan Syarahan Umum Profesor Li Cheng: "China-Us Relations And Impact To Malaysia"  Di Dewan Za’ba di Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya.Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Zambry turut merakamkan tahniah kepada kepimpinan universiti, ahli akademik, penyelidik, staf dan pelajar atas kejayaan berkenaan. - Gambar fail
Advertisement

KUALA LUMPUR: Dua universiti awam negara, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), terus mengharumkan nama Malaysia apabila tersenarai dalam kelompok tujuh universiti terbaik dunia menerusi Times Higher Education (THE) Impact Rankings 2026.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata USM melonjak ke kedudukan kelima dunia, manakala UKM berada di tangga ketujuh daripada lebih 1,600 universiti yang dinilai berdasarkan sumbangan terhadap Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Beliau berkata USM turut mengekalkan kedudukan nombor satu dunia bagi SDG 17: Perkongsian Demi Matlamat, sekali gus membuktikan keupayaan universiti Malaysia memimpin kerjasama strategik di peringkat global.

“Pencapaian ini membuktikan bahawa universiti-universiti Malaysia bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik dan penyelidikan, malah memberi impak besar kepada pembangunan masyarakat serta agenda kemampanan dunia,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Zambry turut merakamkan tahniah kepada kepimpinan universiti, ahli akademik, penyelidik, staf dan pelajar atas kejayaan berkenaan.

“Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk kita terus memperkukuh kecemerlangan pendidikan tinggi negara dan meletakkan Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi bertaraf dunia,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement