PM Muhyiddin menghadap YDP Agong berhubung sesi pra-Kabinet

Astro Awani
Ogos 4, 2021 10:22 MYT
Mesyuarat pra-Kabinet merupakan aktiviti mingguan bagi menyembah maklum, berbincang dan mendengar pandangan Tuanku berhubung urusan kerajaan. - Foto Facebook Muhyiddin Yassin
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini diperkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.
Dalam catatan terbaharu di Facebooknya, beliau berkata, pertemuan itu adalah berhubung dengan sesi pra-Kabinet .
Perdana Menteri berkata, mesyuarat pra-Kabinet merupakan aktiviti mingguan beliau bagi menyembah maklum, berbincang dan mendengar pandangan Tuanku berhubung urusan serta isu-isu berkaitan Kerajaan.
“Usai sesi menghadap, saya kemudiannya mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet,” katanya lagi.
Sumber Facebook ts.muhyiddin
Awal hari ini, Perdana Menteri dilihat memasuki perkarangan Istana Negara sekitar jam 10.53 pagi, dan keluar kira-kira 11.50 pagi.
BACA: PM Muhyiddin pengerusikan mesyuarat Kabinet di Perdana Putra
BACA: PM masih ada majoriti, usul percaya dibentangkan di Parlimen September ini
Selepas itu, beliau telah mengadakan Perutusan Khas yang disiarkan secara langsung pada pukul 12.35 tengah hari.
Agensi Bernama melaporkan Menteri-menteri kelihatan mula memasuki bangunan Perdana Putra pada 11.30 pagi bagi menghadiri mesyuarat Kabinet itu.
Mesyuarat Kabinet hari ini berlangsung lebih sejam dan kenderaan yang membawa Muhyiddin meninggalkan perkarangan Perdana Putra pada kira-kira 2.15 petang diikuti kenderaan yang membawa menteri-menteri.
#Perdana Menteri #Muhyiddin Yassin #Yang di-Pertuan Agong #sesi pra-kabinet #kabinet #Putrajaya #Istana Negara