awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
Krisis politik Perlis: Wujud dalang, perlukan 'lampu ajaib' pastikan situasi tidak berjangkit - Penganalisis
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Muhyiddin zahir penghargaan MP sokong Belanjawan 2021

Bernama
Bernama
16/12/2020
15:19 MYT
PM Muhyiddin zahir penghargaan MP sokong Belanjawan 2021
Muhyiddin berkata sokongan itu membuktikan keprihatinan dan kebersamaan semua ahli Parlimen kerajaan dalam menentukan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta pemulihan ekonomi dapat dilaksanakan seperti yang dirancang. Foto: Bernama
KUALA LUMPUR:Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merakamkan penghargaan kepada semua wakil rakyat, khususnya daripada Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC) atas sokongan yang diberikan sehingga Rang Undang-undang Perbekalan 2021 diluluskan oleh Dewan Rakyat semalam.
Muhyiddin berkata sokongan itu membuktikan keprihatinan dan kebersamaan semua ahli Parlimen kerajaan dalam menentukan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta pemulihan ekonomi dapat dilaksanakan seperti yang dirancang.
"Saya juga mengingatkan tentang kepentingan untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan menjaga kawasan yang diwakili sebaiknya," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Facebook beliau hari ini.
Penghargaan itu dizahirkan Muhyidddin dalam ucapan ringkas pada majlis makan tengah hari bersama wakil rakyat PNBBC di Parlimen hari ini.
Belanjawan pertama kerajaan Perikatan Nasional (PN) itu diluluskan di Dewan Rakyat apabila Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) tersebut memperoleh sokongan majoriti ahli Parlimen.
Rang undang-undang itu diluluskan melalui undi belah bahagian selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang menyaksikan 111 ahli Parlimen bersetuju, 108 tidak bersetuju dan seorang tidak hadir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#Tan Sri Muhyiddin Yassin
#Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional
#PNBBC
#Rang Undang-Undang Perbekalan 2021
#Belanjawan 2021
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan