awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Najib ajak orang ramai sertai tinjauan Bajet 2017

Bernama
Bernama
23/09/2016
23:41 MYT
PM Najib ajak orang ramai sertai tinjauan Bajet 2017
Sebanyak 8,352 cadangan diterima melalui laman cadangan Bajet 2017 yang dibuka kepada orang ramai bermula 5 Sept hingga Rabu lepas.
Datuk Seri Najib Tun Razak berharap orang ramai dapat mengambil bahagian dalam tinjauan berkaitan Bajet 2017 yang sedang dijalankan di bajet2017.najibrazak.com/survey.
Perdana Menteri berkata tinjauan itu penting bagi membantu kerajaan merangka bajet inklusif yang memenuhi keperluan rakyat.
"Luangkan sedikit masa menjawab tinjauan di bajet2017.najibrazak.com/survey untuk saya lebih memahami keutamaan anda.
"Ini adalah sebahagian daripada usaha yang dilaksanakan bagi membentuk sebuah bajet yang inklusif dan mengambil kira keperluan rakyat," katanya dalam catatan terbaru di laman Facebook rasminya pada Jumaat.
Sebanyak 8,352 cadangan diterima melalui laman cadangan Bajet 2017 yang dibuka kepada orang ramai bermula 5 September hingga Rabu lepas.
Lima kategori iaitu pekerjaan, pendidikan, pengangkutan awam dan infrastruktur, percukaian, perniagaan dan kewangan, serta perumahan dan kehidupan bandar menerima jumlah cadangan yang paling banyak.
Bajet 2017 akan dibentangkan di Parlimen pada 21 Oktober ini. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
##Bajet2017
#Bajet 2017
#Bajet2017
#Najib Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan