Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa gembira dan bangga dengan hasil dasar bersama antara kerajaan Pusat dan kerajaan negeri Johor selepas mengadakan lawatan kerja dua hari ke negeri itu.
Beliau berkata sokongan berterusan pelbagai pihak termasuk daripada kerabat diraja Johor menyaksikan Johor kini berkembang sebagai kuasa ekonomi besar baharu di Malaysia.
"Insya-Allah, kita akan melihat lebih banyak lagi pembangunan di Johor, yang hasilnya akan dinikmati bukan sahaja oleh rakyat Johor tetapi juga untuk rakyat Malaysia kesemuanya," kata Datuk Seri Najib menerusi catatan terbaharu di laman blog beliau najibrazak.com malam tadi.
Najib dalam catatannya turut memberi jaminan bahawa beliau akan melakukan tinjauan dari semasa ke semasa terhadap semua projek-projek mega yang dilaksanakan di Johor bagi memastikan sasaran ditetapkan tercapai.
Antara projek yang dikunjungi dan dilancarkan Najib sepanjang lawatan kerjanya itu adalah Kompleks Bersepadu Pengerang, pembinaan Arena Larkin dan Stadium Olahraga Mount Austin di pekarangan Stadium Larkin.
Selain itu beliau merasmikan pembukaan Hotel Phoenix di Forest City, Gelang Patah, melancarkan Reka Bentuk Pembangunan Fastrack City di Pinewood Studios serta melancarkan Sambutan Ulang Tahun Ke-10 Iskandar Malaysia (IM10) di Iskandar Puteri. -- Bernama
Bernama
Wed Dec 07 2016
Beliau berkata sokongan berterusan pelbagai pihak termasuk daripada kerabat diraja Johor menyaksikan Johor kini berkembang sebagai kuasa ekonomi besar baharu di Malaysia. - Gambar fail
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM Najib bangga dengan hasil kerjasama Kerajaan Pusat, Johor
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa gembira dan bangga dengan hasil dasar bersama antara kerajaan Pusat dan kerajaan negeri Johor.