awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Munoz puji mentaliti JDT selepas bergaya ratah PDRM FC 10-1
JAIS siasat aktiviti senaman aerobik di Bukit Badong
Enam terkorban dalam kebakaran pusat beli-belah di Karachi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Najib kutuk serangan bom di Afghanistan

Bernama
Bernama
22/10/2017
00:54 MYT
PM Najib kutuk serangan bom di Afghanistan
Datuk Seri Najib Tun Razak mengutuk sekeras-kerasnya serangan bom berani mati yang berlaku di dua buah masjid di Afghanistan dengan mengorbankan sekurang-kurangnya 72 orang, semalam. -Gambar fail
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengutuk sekeras-kerasnya serangan bom berani mati yang berlaku di dua buah masjid di Afghanistan dengan mengorbankan sekurang-kurangnya 72 orang, semalam.
"Mengutuk sekeras-kerasnya serangan yang sungguh kejam di Afghanistan. Fahaman pelampau tiada tempat dalam Islam," kata beliau dalam catatan di laman Twitternya, malam Sabtu.
Media antarabangsa melaporkan sekurang-kurang 39 orang maut dalam letupan di Masjid Imam Zaman di daerah, Dasht-e-Barchi, barat Kabul, selepas seorang pengebom masuk ke masjid ketika umat Islam menunaikan solat Jumaat.
Dalam kejadian berasingan, sekurang-kurangnya 33 orang terkorban dalam serangan sama di sebuah masjid di wilayah tengah Ghor.
Kumpulan pengganas Daish telah mendakwa bertanggungjawab terhadap serangan di Kabul manakala belum ada pihak mengaku bertanggungjawab atas insiden di Ghor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Afghanistan
#Dasht-e-Barchi
#Masjid Imam Zaman
#Najib Razak
#Pelampau
#pengebom
#Perdana Menteri
#Solat Jumaat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan