Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yakin Barisan Nasional dapat mengekalkan kerusi Parlimen Semporna dalam pilihan raya umum akan datang atas keyakinannya ia mendapat sokongan rakyat.
Menurut beliau, walaupun rakyat di kawasan itu menghadapi dugaan dan cabaran kebelakangan ini (merujuk kepada tindakan Datuk Seri Shafie Apdal keluar daripada UMNO) tetapi bumi Semporna akan terus kekal dalam BN. Shafie kini mengetuai parti pembangkang Parti Warisan Sabah.
"Saya terharu dengan sambutan yang cukup hangat pada kunjungan saya hari ini ke Semporna dan terharu kerana rakyat Semporna masih setia kepada BN," katanya pada majlis pelancaran Pusat Pelancongan Antarabangsa Semporna di sini, hari ini.
Pada majlis itu, Najib turut menyerahkan geran tanah anak negeri kepada 1,000 orang penerima dan mengisytiharkan status Bum-Bum sebagai Pejabat Daerah Kecil.
Turut hadir Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, pemangku Ketua UMNO Bahagian Semporna Datuk Nasir Tun Sakaran dan Ketua Penerangan UMNO Semporna Datuk Ramlee Marahaban.
Justeru, Najib berkata beliau akan terus memberi perhatian kepada rakyat di Semporna yang setia kepada BN.
Menurutnya perjuangan BN khususnya UMNO di daerah ini perlu diteruskan disebabkan perjuangannya jelas untuk membela nasib rakyat dan meneruskan agenda pembangunan.
Presiden UMNO itu juga berkata rentetan sejarah penubuhan UMNO membuktikan dalam perjuangan parti, yang penting adalah parti kerana pemimpin parti itu sendiri tidak kuat kerana yang memberi kekuatan kepadanya adalah parti.
Katanya sebagai contoh pengasas UMNO Datuk Onn Jaafar meninggalkan UMNO disebabkan tidak setuju dengan dasar UMNO dan menubuhkan Parti Negara.
"Pemimpin meninggalkan UMNO disebabkan cita-cita tidak tercapai dengan mengutamakan kepentingan peribadi. Sepatutnya perjuangan parti diutamakan," katanya.
Sebab itu, Najib berkata dalam perjuangan, anggota UMNO perlu ada nilai kesetiaan kepada pemimpin dan parti dan bukannya kesetiaan kepada peribadi.
Beliau turut memberi contoh mengenai tindakan Shafie, bekas naib Presiden UMNO, yang tidak mengenang jasa dan menikamnya dari belakang apabila membuat keputusan keluar daripada UMNO.
"Saya bagi peluang luar biasa kepada Shafie menjadi naib presiden (UMNO) dan melantiknya menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk membawa perubahan di kawasan luar bandar khususnya di Sabah.
"Minta dia bincang dengan Musa (Ketua Menteri Sabah) tetapi banyak nasihat saya dia tidak dengar. Saya kecewa dalam keadaan tertentu dia tikam saya dari belakang...pedih rasanya apabila sahabat karib berbuat demikian," kata Perdana Menteri.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 09 2018
Najib melancarkan Pusat Pelancongan Antarabangsa Semporna di Dataran Regatta Lepa hari ini, 9 April, 2018. --fotoBERNAMA
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Kongres Khas PKR lulus pindaan perlembagaan parti dengan sokongan lebih dua pertiga perwakilan
Kongres Nasional Khas PKR 2024 hari ini meluluskan kesemua pindaan perlembagaan berkaitan proses pemilihan parti.
SAPP keluar, PN Sabah lemah
Pada PRN Sabah 2018, PN memenangi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggunakan logo sendiri.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Samsuri nafi peletakan jawatan ada kaitan dengan SAPP
Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional tidak ada kaitan dengan pengunduran Parti Maju Sabah (SAPP) daripada perikatan itu.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Anwar sahkan ada perbincangan penyertaan Tengku Zafrul
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan wujud perbincangan awal berhubung Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul, menyertai parti PKR.
Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari
Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta PLKN 3.0 yang akan bermula Januari ini.
AWANI Ringkas: Elaun PLKN 3.0 RM8 sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Anthony Loke beri amaran batalkan subsidi diesel jika naik tambang feri
MOT memberi amaran untuk membatalkan pemberian subsidi diesel terhadap pengusaha feri jika meneruskan kenaikan harga tambang khususnya kepada warga tempatan dan pelancong domestik.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.