PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyatakan pendirian Malaysia kepada Jerman bahawa negara ini tidak memperakui Israel dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim Zionis terhadap pembunuhan rakyat Palestin yang tidak berdosa terutama golongan wanita dan kanak-kanak.
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pendirian tegas Malaysia itu disampaikan Anwar kepada Menteri Luar Jerman Annalena Baerbock, yang mengadakan kunjungan hormat terhadap beliau di Perdana Putra di sini hari ini.
"Isu di Gaza, Perdana Menteri dengan tegas menyatakan bahawa Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pembunuhan rakyat Palestin yang tidak berdosa, wanita dan kanak-kanak yang ramai telah terbunuh," katanya kepada media selepas pertemuan itu.
Mohamad berkata Anwar turut menggesa perlunya negara Jerman selaku rakan baik Israel agar memberikan penekanan supaya diadakan segera gencatan senjata dan menghentikan pengeboman serta apa jua keganasan yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.
Selain itu, Mohamad berkata Perdana Menteri menyampaikan hasrat agar pertukaran wacana intelektual antara Malaysia dan Jerman diperbanyakkan memandangkan persepsi berbeza antara Timur dan Barat.
"Ramai pemikir dari Jerman walaupun bukan beragama Islam tetapi mereka banyak mengeluarkan rencana berkenaan dengan Islam," katanya.
Beliau berkata ini boleh dipertingkatkan dengan menangani "pertembungan kejahilan" kerana kurang pemahaman mengenai Islam yang mengakibatkan perasaan syak wasangka yang tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 12 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tiga, kiri) ketika menerima Kunjungan Hormat Menteri Luar Jerman Annalena Baerbock (dua, kiri) di Perdana Putra hari ini. - Foto BERNAMA
Peserta maraton Cyberjaya dipapah lepasi garisan penamat
Peserta maraton rebah di garisan penamat sejurus sebelum menamatkan larian 42km dalam perlumbaan Twincity Marathon Cyberjaya.
Proton buka pusat penyelidikan dan pembangunan di Teluk Hangzhou, China
Pembukaan pusat R&D itu akan meningkatkan sinergi kecekapan dalaman mereka dengan penggunaan sumber dan pengetahuan Geely.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kementerian Perpaduan kaji keperluan Pelan Tindakan Pendidikan, Penghargaan Rukun Negara
Pelan tindakan ini menggariskan modus operandi melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi, dan Kementerian Komunikasi.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH tayang sijil UPSR 7A, SPM 10A
Calon PH, Pang Sock Tao menyahut cabaran Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari supaya menunjukkan kelulusan pendidikan rendah dan menengahnya.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu stoking: Pengarah KK Mart, isteri akan kemuka representasi kepada AGC
Pengarah KK Mart yang berdepan dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
Inisiatif IHH Healthcare lancar pemasangan panel solar wajar jadi contoh - Fadillah Yusof
IHH Healthcare Malaysia mencatatkan pencapaian baharu dengan melancarkan inisiatif pemasangan panel solar di seluruh rangkaian hospitalnya sekali gus menjadikannya pelopor.
Che'gu Bard akan didakwa di Johor Bahru esok
Che'gu Bard berkata, ia dipercayai berhubung kenyataannya mengenai isu kasino di Forest City, Johor.
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Farah Ain
Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada atlet boling padang Nor Farah Ain Abdullah yang muncul juara pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024.
Krisis Rusia-Ukraine: Malaysia harus lebih tegas, tingkat keselamatan siber - Anifah
Beliau yang merupakan Presiden PCS menyeru kerajaan berpendirian tegas dalam menghentikan keganasan yang berlaku antara Ukraine dan Rusia.