awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Poland terima mandat bentuk kerajaan baharu

Bernama
Bernama
07/11/2023
06:29 MYT
PM Poland terima mandat bentuk kerajaan baharu
Perdana Menteri Mateusz Morawiecki dinamakan sebagai ketua kerajaan yang baharu berikutan pilihan raya parlimen yang diadakan bulan lepas. - Gambar/ Reuters
WARSAW: Presiden Poland Andrzej Duda pada Isnin menamakan penyandang Perdana Menteri Mateusz Morawiecki sebagai ketua kerajaan yang baharu berikutan pilihan raya parlimen yang diadakan bulan lepas.
"Setelah mengadakan rundingan saya memutuskan untuk memberikan tugas menubuhkan kerajaan kepada Perdana Menteri Mateusz Morawiecki.
"Saya memutuskan untuk meneruskan tradisi Parlimen iaitu parti yang menang diberi peluang untuk membentuk kerajaan," kata Duda dalam ucapan di televisyen, lapor Xinhua.
Pilihan raya Parlimen yang diadakan pada 15 Oktober lepas mencatatkan jumlah pengundi paling ramai namun tiada parti yang bertanding dapat membentuk kerajaan.
Parti Law and Justice (PiS) yang memerintah Poland selama dua penggal berturut-turut hanya memenangi 194 kerusi, tidak cukup untuk membentuk kerajaan. Dewan Rakyat Poland atau Sejm mempunyai 460 kerusi.
Parti pembangkang, termasuk Civic Coalition, Third Way dan New Left, secara kolektif memenangi 248 kerusi.
Mereka telah menyatakan kesediaan untuk membentuk kerajaan campuran di bawah pimpinan bekas presiden Majlis Eropah dan bekas perdana menteri Poland Donald Tusk.
Mengikut Perlembagaan Poland, lazimnya presiden akan melantik perdana menteri daripada parti yang menang pilihan raya umum.
Perdana menteri kemudiannya menubuhkan kerajaan pada sidang Sejm akan datang.
Bagaimanapun kerajaan baharu itu perlu menang undi percaya secara majoriti.
Jika undi percaya gagal, mengikut Perlembagaan presiden wajib memberikan tugas menubuhkan kerajaan kepada parti kedua yang menang.
Sidang pertama Sejm dijadualkan pada 13 Nov.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#poland
#Perdana Menteri
#Mateusz Morawiecki
#kerajaan baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan