awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
Polis, MCMC kerjasama kesan sindiket penipuan guna nama IPK Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM: Projek MRT martabatkan kebolehan syarikat tempatan

Harris Hardy Hakim
Harris Hardy Hakim
30/05/2013
14:37 MYT
PM: Projek MRT martabatkan kebolehan syarikat tempatan
Projek Aliran Transit Massa (MRT) yang dilancarkan di bawah inisiatif program Transformasi Ekonomi (ETP) mula membuahkan hasil walaupun masih dalam pembinaan. Selain menyediakan beribu peluang pekerjaan, projek ini turut berjaya menarik balik bakat tempatan yang sebelum ini bekerja di luar negara.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keupayaan membawa pulang bakat ke tanah air merupakan satu petanda baik kepada negara.
"Kebolehan dan keupayaan yang dibawa balik ke Malaysia ini satu petanda baik kepada negara kita. Ia mampu menjana ekonomi dengan pengurangan aliran keluar mata wang dan lebih penting lagi, meningkatkan kedudukan ekonomi Malaysia dalam rangkaian nilai atau 'value chain'," katanya.
Sejak dilancarkan pada 2011, projek MRT turut memberi cabaran kepada syarikat serta anak tempatan untuk menunjukkan kebolehan masing-masing. Selain itu, Najib berkata projek MRT adalah satu lagi pencapaian bermakna dalam perjalanan negara bukan hanya untuk melakukan perubahan besar dalam sistem pengangkutan awam tetapi juga menyumbang kepada pencapaian serta hasrat untuk Malaysia ditransformasikan kepada negara berpendapatan tinggi.
Perdana Menteri berkata demikian pada majlis pelancaran mesin pengorek terowong (TBM) pelbagai ketumpatan di sini hari ini.
Mesin yang pertama seumpamanya di dunia ini dicipta hasil inovasi jurutera tempatan serta antarabangsa. Ia dicipta khas bagi mengatasi masalah membina terowong di kawasan yang mempunyai struktur tanah berbeza, seperti di sekitar Kuala Lumpur.
Enam mesin seumpamanya dan empat TBM biasa digunakan bagi memastikan projek MRT siap sepenuhnya pada Julai 2017.
Topic Berkaitan
#ETP
#MRT
#najib
#TBM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan