awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM rasmi karnival kerjaya tawar lebih 5,000 kekosongan jawatan di Pontian

Bernama
Bernama
06/03/2022
07:54 MYT
PM rasmi karnival kerjaya tawar lebih 5,000 kekosongan jawatan di Pontian
Perdana Menteri (kanan) beramah mesra bersama pengunjung yang hadir untuk mencari peluang pekerjaan pada Karnival Kerjaya Jamin Kerja keluarga Malaysia 2021 negeri Johor di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Pontian hari ini. - Foto BERNAMA
PONTIAN: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini melancarkan Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia di sini, yang menawarkan lebih 5,000 jawatan kosong.
Karnival kerjaya itu diadakan sebagai usaha Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi menawarkan peluang pekerjaan secara langsung kepada orang ramai, khususnya di daerah Pontian dan kawasan sekitarnya.
Selain Pontian, karnival kerjaya berkenaan turut diadakan di Johor Bahru dan Mersing, masing-masing pada Khamis (3 Mac) dan semalam (5 Mac) yang dilaksanakan sepenuhnya secara fizikal.
Antara jawatan yang ditawarkan para majikan yang menyertai program itu termasuk jurutera, juruteknik, juru ukur bahan, tukang masak, pengurus akaun dan pemasaran, kerani serta perantis.
Perkeso dalam kenyataan menyatakan program berkenaan merupakan sebahagian inisiatif JaminKerja-Insentif Penggajian (JKIP), salah satu daripada tiga komponen di bawah inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia yang diumumkan kerajaan dalam Bajet 2022.
Kenyataan itu menyebut dengan peruntukan RM2 bilion, JKIP bermatlamat merangsang majikan mencipta pekerjaan dan membuat pengambilan pekerja baharu dengan sasaran 300,000 pekerja sepanjang tahun ini.
Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad dan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Karnival Kerjaya
#Pontian
#Perdana Menteri
#ismail sabri yaakob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan