awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Insentif Pengeluaran Getah diaktifkan di Sabah, Sarawak untuk Januari 2026
Malaysia dipilih Naib Pengerusi Sub-Kumpulan Kerja PBB mengenai peralatan utama
World Taekwondo benarkan atlet Rusia dan Belarus sertai kejohanan antarabangsa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM sampai sumbangan kepada bekas jurutera elektrik hilang punca pendapatan

Bernama
Bernama
05/07/2024
03:00 MYT
PM sampai sumbangan kepada bekas jurutera elektrik hilang punca pendapatan
Ahmad Farhan (kanan) mewakili Perdana Menteri Anwar menyerahkan sumbangan kepada Tan Men Heang (kiri) yang hilang punca pendapatan untuk menyara kehidupannya bersama isteri setelah menghidap angin ahmar. - Gambar Facebook ANWAR IBRAHIM
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada bekas jurutera elektrik, Tan Men Heang, yang hilang punca pendapatan untuk menyara kehidupannya bersama isteri setelah menghidap angin ahmar.
Menerusi perkongsian di laman Facebook, Anwar berkata, isteri Tan juga sukar untuk bekerja kerana menghadapi masalah kaki yang menyukarkan dirinya untuk bergerak.
Sumbangan itu disampaikan menerusi Setiausaha Politik Ahmad Farhan Fauzi yang mewakili beliau dalam sesi Ziarah MADANI, bagi meringankan beban kos perubatan yang ditanggung Tan dan isteri.
"Saya titipkan doa memohon kesejahteraan dan kekuatan untuk mendepani dugaan dan meneruskan kehidupan," katanya menerusi catatan itu.
Turut hadir Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa, Mohd Kamri Kamaruddin. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#PM Anwar Ibrahim
#Ziarah MADANI
#PM sampai sumbangan
#jurutera elektrik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan