KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak pernah mengganggu kebebasan media di negara ini, tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, kerajaan tidak akan campur tangan dalam urusan media.
"Saya dah kata, media mempunyai kebebasan... kita beri kebebasan sepenuhnya kepada media asalkan laporan itu tepat dan bertanggungjawab.
"Ya, saya sentiasa memberi jaminan kepada kebebasan akhbar di negara kita," katanya selepas hadir pada Majlis Apresiasi Pavilion Malaysia Ekspo Dubai 2020 di sini, malam ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Persatuan Kewartawanan Digital Malaysia yang melahirkan rasa kesal terhadap tindakan segelintir pihak yang mempertikai pelantikan Farrah Naz Karim sebagai Pengarang Kumpulan New Straits Times (NST) yang baharu.
Presidennya, Nik Suryani Megat Deraman, berkata pihaknya juga menggesa polemik yang mendakwa pelantikan Farrah Naz dibuat atas campur tangan politik dihentikan.
Perdana Menteri bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai perkara itu.
Semalam, Tokoh Wartawan Negara Tan Sri Johan Jaafar menzahirkan kekecewaan terhadap gangguan parti politik kepada entiti media, yang beliau anggap sepatutnya tidak lagi berlaku pada zaman ini.
Beliau berkata, Perdana Menteri berulang kali menyatakan jaminan bahawa media perlu kekal bebas daripada sebarang gangguan politik.
Johan berkata, beberapa peristiwa, seperti laporan media bahawa Ketua Pengarang Kumpulan News Straits Times, Ahmad Lokman Mansor akan digantikan, dan bekas Ketua Editor The Edge, Azam Aris sedang dikenakan saman fitnah, menunjukkan aspirasi Perdana Menteri itu tidak dihayati sepenuhnya.
Johan berkata, beliau sentiasa menyokong keputusan Ahmad Lokman untuk terus tegas dengan prinsip menolak gangguan politik, sehingga menjadikan NST lebih diterima hari ini.
Semalam juga, New Straits Times Press Berhad (NSTP), anak syarikat Media Prima Berhad (Media Prima) mengumumkan pelantikan Farrah Naz sebagai Pengarang Kumpulan NST berkuat kuasa 15 September ini.
NSTP memaklumkan Farrah Naz telah berkhidmat di NSTP dengan menyandang pelbagai jawatan sejak tahun 2000 termasuk sebagai pengarang eksekutif, dan terkini beliau bertugas di Rangkaian Televisyen Media Prima sebagai penerbit eksekutif bagi program hal ehwal semasa.
Raja Hisyam Raja Zaid
Wed Sep 14 2022
Ismail Sabri berkata, kerajaan tidak akan campur tangan dalam urusan media. - Gambar fail
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Wujud trend sekat kebebasan bersuara dalam kalangan negara di Asia Tenggara - Penganalisis
Ini pemerhatian yang dibuat Penyelaras Projek Asia Tenggara Persekutuan Antarabangsa Wartawan Asia Pasifik Ratna Ariyanti berhubung keadaan kebebasan media di beberapa negara di kawasan ini.