PEMBUBARAN Parlimen kekal menjadi antara topik paling hangat, baik daripada pak cik-pak cik di kedai kopi sehinggalah kepada pemerhati politik.

Tetapi yang pasti, tarikh pembubaran sehingga kini masih lagi samar.

Banyak persoalan yang belum terjawab termasuk bila ia akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Apakah ia akan berlaku dalam tempoh 48 jam dari sekarang?

Menurut sumber, Ismail Sabri menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1444 H Bersamaan 2022, pagi tadi (Ahad).

Sebelum ini, Ismail Sabri turut menegaskan kuasa mencadangkan pembubaran Parlimen berada sepenuhnya dalam bidang kuasa Perdana Menteri dan tiada parti politik boleh mempengaruhi keputusan itu.

Jelas Ahli Parlimen Bera itu lagi, pembubaran Parlimen adalah di bawah kuasa Perdana Menteri, yang kemudiannya akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

BACA: Menjelang PRU15: Lima media bergabung kumpul suara rakyat


Mengikut Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda mempunyai kuasa mutlak untuk menghenti ataupun membubarkan Parlimen.

Kaji Selidik PRU15 | Lima media perdana bergabung kumpul suara rakyat

Sekiranya pengumuman pembubaran Parlimen dibuat sama ada esok atau lusa, senario ini lebih kurang sama dengan situasi pada 1999.

Pada waktu itu, Parlimen dibubarkan selepas pembentangan bajet, yang mana perkara itu berlaku ketika era pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri pada 1999.

Bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh itu mengumumkan pembubaran Parlimen sekitar 10 November 1999, selepas bajet dibentang di Dewan Rakyat pada 29 Oktober tahun sama.

Secara logik, beberapa petunjuk yang memberi bayangan bahawa PRU15 tetap akan diadakan dalam masa terdekat sebenarnya secara tidak langsung telah jelas kelihatan.

Contoh pertama, Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 (Akta A1663) yang melarang Ahli Dewan Rakyat bertukar parti, telah berkuat kuasa bermula 5 Oktober lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata Akta A1663 mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos dan diwartakan pada 6 September lalu.


[TERKINI] Agong berangkat talimat tertutup kesiapsiagaan hadapi monsun

BACA: Banjir: Agong titah beri perhatian sistem amaran awal bencana, agihan bantuan

Selain itu, enam Ordinan dan Proklamasi Darurat bagi menangguhkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi, Gerik dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, yang diisytiharkan pada November dan Disember 2020, ditamatkan berkuat kuasa Khamis lalu.


BACA: PRU15: 'Kenapa nak ambil risiko?' - METMalaysia

Perintah pembatalan itu dinamakan sebagai Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) dan (Pembatalan) 2022 dan Proklamasi Darurat (Pembatalan) 2022 bagi Parlimen P.185 Batu Sapi, Sabah; serta Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (No. 2) (Pembatalan) 2022 dan Proklamasi Darurat (No. 2) (Pembatalan) 2022 bagi Parlimen P.054 Gerik, Perak.

Pada penghujungnya, semua ini masih belum ternoktah setakat hari ini.

BACA: Agong lawat Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara

Kita tunggu sahaja dalam masa terdekat, dalam tempoh 48 jam dari sekarang.

[TERKINI] PRU15 | MetMalaysia tidak galak adakan pada musim Monsun Timur Laut

Apa yang rakyat mahu?

Inilah persoalan yang perlu ‘ditakhtakan’ di dalam jiwa dan pemikiran ahli-ahli politik merentas semua parti politik, Apa Yang Rakyat Mahu?

Suara dan kehendak rakyat di setiap kawasan dan lokaliti perlu menjadi asas kepada tindak-tanduk dan respons para pemain politik.

Sekiranya Parlimen dibubarkan, kesediaan rakyat untuk melaksanakan tanggungjawab keluar mengundi adalah nadi kepada proses demokrasi.

Rakyat menjadi hakim yang menentukan siapa wajar dipilih untuk ‘memandu’ hala tuju, menjaga kebajikan dan keselamatan bersama dalam bermasyarakat dan bernegara.