KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sangat tidak menggalakkan pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada musim monsun timur laut.
Timbalan Ketua Pengarah MetMalaysia Hisham Mohd Anip berkata, negara ketika ini sedang mengalami fasa peralihan monsun dan banjir dilihat sudah kerap berlaku di seluruh negara.
"Kita di pihak pengurusan bencana tidak galakkan (menjalankan PRU15). Kenapa nak ambil risiko, dalam situasi kita nak menghadapi Monsun Timur Laut, kita tahu akan berlaku banjir di banyak tempat.
"Kalau dilihat, di Johor, Melaka dan Perak pun sudah banjir, jadi dari segi kesesuaian cuaca, memang tidak sesuai untuk adakan pilihan raya," katanya dalam webinar berjudul "Cabaran Perubahan Iklim: Bersediakah Kita?" sempena Forum Iklim Kebangsaan Monsun Timur Laut 2022/2023, pada Khamis.
Minggu lalu, Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO sepakat memutuskan pembubaran Parlimen hendaklah diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan PRU15 diadakan dalam tahun ini juga.
Susulan keputusan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran kepada Yang di-Pertuan Agong.
Ia sekaligus menimbulkan kebimbangan orang ramai yang PRU15 akan berlangsung dalam keadaan banjir kilat dan ribut petir sekiranya diadakan selepas pertengahan November.
Dalam pada itu, Hisham memaklumkan, kadar hujan yang direkodkan di seluruh negara tidak menampakkan perubahan yang signifikan secara keseluruhannya, namun dilihat dari segi wilayah, negeri-negeri di tengah semenanjung mencatatkan pertambahan hujan, berbanding negeri-negeri lain.
"Di Ssemenanjung, tiada perubahan signifikan dari segi kadar hujan, tetapi kalau dipisahkan mengikut wilayah, di pantai timur, hujan semakin menurun, di utara tidak banyak berubah.
"Yang meningkat ialah di negeri tengah Semenanjung, Lembah Klang, Melaka dan Negeri Sembilan. Di Johor, trend hujan juga menurun, manakala Sabah dan Sarawak tidak banyak perbezaan,"jelasnya.
Madiha Abdullah
Thu Oct 06 2022
Negara ketika ini sedang mengalami fasa peralihan monsun dan banjir dilihat sudah kerap berlaku di seluruh negara. - Gambar fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
PM tiba di Istana Negara untuk menghadap Agong
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memasuki perkarangan Istana Negara pada pukul 3.48 petang.
PRU15: 'Kenapa nak ambil risiko?' - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sangat tidak menggalakkan pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada musim monsun timur laut.
PRU15: Warisan selektif, tak tanding semua kerusi - Shafie
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata partinya akan bersifat selektif dalam mengenal pasti kerusi yang dirasakan berpotensi untuk dimenangi.