Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak danSetiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh memfailkan saman fitnah terhadap syarikat, ketua editor dan ketua pengarang laman web portal Malaysiakini berhubung penerbitan dua artikel bulan lepas.
Writ saman difailkan menerusi Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak pada Jumaat lalu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini. Media memperoleh writ saman itu hari ini.
Najib dan Ab Rauf (bagi pihak Umno) menamakan syarikat Mkini Dotcom Sdn Bhd, Ketua Editor Malaysiakini.com Steven Gan dan Ketua Pengarang Fathi Aris Omar sebagai defendan pertama hingga ketiga.
Dalam pernyataan tuntutan, Najib dan Ab Rauf mendakwa ketiga-tiga defendan telah melapor, mengeluar dan membenarkan penerbitan dua artikel berasingan bertajuk 'A case of the PM reaping what he sows' dan 'How much will Najib spend to keep Terengganu?'.
Kedua-dua artikel itu didakwa diterbitkan pada 14 Mei lalu.
Mereka mendakwa artikel tersebut diletakkan di bawah ruangan 'Yoursay' di laman web portal www.malaysiakini.com oleh defendan-defendan sendiri atau pembantu mereka melalui komen daripada pelanggan atau pengguna laman web itu yang kemudiannya digabungkan sebagai satu artikel di bawah tajuk utama.
Artikel pertama iaitu 'A case of the PM reaping what he sows' adalah berkaitan dasar kerajaan dan hudud manakala artikel kedua 'How much will Najib spend to keep Terengganu?' berhubung isu kemelut politik di Terengganu bulan lalu.
Najib, yang memfailkan saman itu atas kapasiti peribadi dan Ab Rauf bagi pihak Umno, mendakwa defendan-defendan membenarkan penerbitan artikel berkenaan dengan sengaja selain mengetahui ia adalah tidak benar dan tuduhan melulu tanpa mempedulikan kebenarannya.
Mereka juga mendakwa kata-kata finah itu bertujuan menggambarkan Umno telah menyalah guna kuasa untuk kepentingan parti politik dan sebuah parti yang tidak demokratik serta sengaja mengada-adakan situasi yang tidak diingini.
Kedua-dua plaintif mendakwa akibat daripada penerbitan artikel itu, reputasi mereka telah terjejas teruk apabila Umno dikecam terutama di media sosial dan media massa.
Dakwa plaintif lagi, artikel berkenaan adalah komen-komen yang diberi tanpa sebarang asas dan hanyalah tuduhan melulu yang berniat jahat terhadap Umno, menyebabkan ketegangan antara rakyat dan Umno.
"Artikel-artikel fitnah tersebut menyebabkan ketegangan antara rakyat terhadap Umno, dilibatkan dengan skandal awam, diaibkan dan dihina oleh khalayak ramai dan masyarakat awam serta antarabangsa.
"Kerosakan pada reputasi Umno adalah sesuatu yang akan berlangsung selama bertahun-tahun lamanya disebabkan oleh penerbitan artikel fitnah tersebut yang boleh diakses dengan meluas di mana sahaja kerana ia diterbitkan di laman portal tersebut dan mempunyai pembaca virtual di serata dunia yang mana artikel itu juga boleh dikongsi di laman sosial lain termasuk forum-forum dan blog-blog persendirian tanpa sempadan," kata plaintif dalam pernyataan tuntutan.
Najib mendakwa kata-kata fitnah itu telah menjejaskan reputasinya sebagai ahli politik, presiden Umno dan perdana menteri.
Selain itu, kedua-dua plaintif mendakwa komen-komen tersebut telah membawa maksud secara sindiran untuk menunjukkan Umno tidak kompeten sebagai sebuah parti politik dan tulang belakang Barisan Nasional.
Kedua-dua plaintif berkata pada 15 Mei lalu, satu notis tuntutan telah dihantar kepada defendan-defendan menerusi Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak untuk menuntut permohonan maaf tidak bersyarat dalam bentuk bertulis dan penarikan balik artikel fitnah tersebut atau kenyataan yang serupa dengannya.
Pada tarikh sama, plaintif-plaintif juga menuntut supaya kesemua defendan menyediakan akujanji bertulis tidak akan mengeluarkan kenyataan serupa.
Bagaimanapun, pada keesokannya (16 Mei) Malaysiakini menjawab notis tuntutan itu dengan pembelaan komen yang wajar untuk kepentingan awam dan menawarkan kepada plaintif-plaintif menjawab artikel berkenaan tanpa memenuhi tuntutan seperti yang dipohon plaintif-plaintif.
Pada 28 Mei, plaintif-plaintif telah menolak tawaran itu dan menerusi saman fitnah berkenaan menuntut ganti rugi am dan khas yang akan ditaksirkan mahkamah.
Turut dituntut adalah ganti rugi teruk, ganti rugi keterlaluan, faedah, injunksi untuk menahan defendan-defendan atau pembantu mereka menerbitkan artikel tersebut, perintah bahawa defendan-defendan menerbitkan permohonan maaf secara bertulis untuk diterbitkan di surat khabar dan kos.
Kes saman itu akan ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi S.M.Komathy Suppiah pada 18 Jun ini.
Bernama
Tue Jun 03 2014
Writ saman difailkan menerusi Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak pada Jumaat lalu
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
Najib menang tanpa bertanding Ketua UMNO Bahagian Pekan
Najib yang juga bekas Perdana Menteri dan anggota Parlimen Pekan mengekalkan jawatannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Pekan tanpa pencabar.
'Suara UiTM bergema pada Perhimpunan Agung UMNO' - Ab Rauf
Perhimpunan Agung UMNO tahun ini menampilkan kelainan dengan menggunakan tenaga pelajar jurusan Fakulti Muzik dan Seni Persembahan Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai okestra persembahan.