awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Singapura Wong bercakap dengan PM Anwar, pemimpin lain pada hari pertama bertugas

Bernama
Bernama
16/05/2024
14:43 MYT
PM Singapura Wong bercakap dengan PM Anwar, pemimpin lain pada hari pertama bertugas
Wong berkata kerajaannya akan mengukuhkan perkongsian "dekat dan jauh" dan berusaha untuk berkawan dengan semua sambil memajukan kepentingan Singapura. - Gambar fail/FB
SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong hari ini bercakap dengan pemimpin di rantau ini melalui telefon pada hari pertama beliau memegang jawatan, termasuk dengan rakan sejawatannya dari Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Wong yang mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri keempat Singapura pada Rabu malam, juga bercakap dengan Presiden Terpilih Indonesia Prabowo Subianto dan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida.
"Mereka menelefon untuk mengucapkan tahniah kepada saya atas peranan baharu saya dan saya mengucapkan terima kasih kepada mereka atas ucapan itu. Saya berharap dapat bekerjasama dengan mereka untuk meningkatkan kerjasama dua hala dan serantau," katanya dalam hantaran di platform X.
Perdana menteri dalam ucapan sulungnya kepada negara, antara lain, berkata kerajaannya akan mengukuhkan perkongsian "dekat dan jauh" dan berusaha untuk berkawan dengan semua sambil memajukan kepentingan Singapura.
Pada hari pertama beliau memegang jawatan, Wong juga mempengerusikan mesyuarat Kabinet sulungnya.
"Kita mempunyai agenda penuh di hadapan. Tidak sabar untuk bekerjasama dengan anda semua untuk membawa Singapura ke hadapan dalam fasa seterusnya," menurut beliau.
Wong dan Kabinetnya mengangkat sumpah pada Rabu malam, di hadapan Ketua Hakim Singapura, Sundaresh Menon dan Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam di Istana.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mesyuarat Kabinet
#hari pertama
#Perdana Menteri Singapura
#memajukan kepentingan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan