awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lokasi pelancongan di N. Sembilan jadi tumpuan sempena cuti sekolah
Kes rasuah Tentera Darat: SPRM kesan beberapa individu lain terlibat
Kerajaan jamin kuota haji dipenuhi, faktor kesihatan punca penangguhan - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM tegur keras setiausaha politiknya isu beri surat sokongan kontraktor hospital

Sinar Harian
Sinar Harian
18/11/2025
08:30 MYT
PM tegur keras setiausaha politiknya isu beri surat sokongan kontraktor hospital
Anwar menjelaskan, peraturan dan prinsip kerajaan sememangnya tidak membolehkan tindakan sedemikian dilakukan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan telah menegur tindakan setiausaha politiknya berhubung pemberian surat sokongan kontraktor terhadap projek hospital tahun lalu.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur tindakan setiausaha politiknya mengenai pemberian surat sokongan kontraktor projek hospital tahun lalu kerana bertentangan dengan prinsip kerajaan.
  • Anwar menjelaskan bahawa peraturan kerajaan tidak membenarkan tindakan sedemikian dilakukan dan beliau telah memberi teguran keras terhadap hal tersebut.
  • Ahli Parlimen Tambun, Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) mempersoalkan tindakan Setiausaha Politik Perdana Menteri yang didakwa mengeluarkan surat sokongan terhadap projek hospital 2024 dengan hanya dua kontraktor yang mempunyai kelayakan daripada senarai enam kontraktor yang disenaraikan.

Ahli Parlimen Tambun itu menjelaskan, peraturan dan prinsip kerajaan sememangnya tidak membolehkan tindakan sedemikian dilakukan.
"(Berkenaan) sokongan setiausaha politik saya, saya telah memberi teguran yang keras kerana peraturan tidak membolehkan kita lakukan (surat sokongan).
"Kalau ada surat daripada saya, maksimum (arahan) 'sila teliti'. Itu standard, tetapi tidak boleh membuat satu sokongan," katanya ketika Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, pada Selasa.
Beliau menjawab soalan tambahan daripada Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang meminta penjelasan mengenai tindakan Setiausaha Politik Perdana Menteri yang didakwa mengeluarkan surat sokongan terhadap projek hospital pada 2024 dengan menyenaraikan kontraktor kepada Kementerian Kesihatan (KKM).
Ahmad Shaari mendakwa, daripada enam kontraktor yang disenaraikan dalam surat sokongan tersebut hanya dua mempunyai kelayakan.
"Yang lain tidak ada rekod CIDB (Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia), dikenakan tindakan tatatertib... dan rakyat tidak melihat tindakan daripada Yang Amat Berhormat (Perdana Menteri)," ujarnya.
Bagaimanapun, beliau tidak menamakan pembinaan projek hospital berkenaan yang terkait surat sokongan itu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Setiausaha Politik PM
#isu surat sokongan supol PM
#projek kerajaan
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan