KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah meminggirkan masyarakat India di negara ini malah beliau telah meningkatkan lagi peruntukan kepada mereka, kata Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R. Ramanan.
Beliau berkata dana tambahan seperti RM30 juta melalui Skim Pembiayaan Pemerkasaan SPUMI (SPUMI Goes Big) dan Dana Khas Pemerkasaan Wanita India (PENN) sebanyak RM50 juta daripada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang bakal memanfaatkan lebih 10,000 usahawan tidak akan dapat direalisasi tanpa mandat daripada Perdana Menteri.
Justeru itu, Ramanan mengulangi gesaan supaya tohmahan kononnya Anwar meminggirkan kaum India sepanjang mentadbir negara ini dihentikan.
"Jika ada segelintir orang yang menyatakan Perdana Menteri meminggirkan komuniti India, saya ingat baik mereka pergi ke Tanjung Rambutan periksa kapasiti mental mereka.
"Ini semua adalah dengki, sengaja mahu membangkitkan kemarahan komuniti India. Hentikanlah (tindakan) itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Pengusaha Restoran India Malaysia Berhad (KOPRIMAS) yang ke-11 di Kelab Diraja Selangor hari ini.
Semasa program 'Soal Jawab Perdana Menteri' bersama empat stesen televisyen tempatan beberapa hari lepas, Perdana Menteri berkata Kerajaan MADANI tidak pernah meminggirkan kaum India malah pelbagai inisiatif sudah dilaksanakan bagi memperkasa komuniti itu.
Anwar berkata kerajaan mengambil pendekatan membantu setiap segmen masyarakat tanpa meminggirkan mana-mana golongan.
Terdahulu, ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung KOPRIMAS, Ramanan mengumumkan kelulusan geran berjumlah RM100,000 kepada koperasi itu.
Beliau berkata geran bantuan menerusi Program Pengukuhan Koperasi di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) itu diberikan sebagai pemangkin dalam mengembangkan perniagaan dan seterusnya memberi manfaat kepada anggota KOPRIMAS.
"KOPRIMAS berpotensi mengembangkan perniagaan dengan mewujudkan gudang pengedaran bahan mentah secara pukal khususnya kepada pengusaha restoran di seluruh Malaysia," katanya.
Ramanan turut menggesa koperasi India supaya mengambil peluang daripada pelbagai bantuan yang disediakan kerajaan untuk memajukan perniagaan mereka.
Beliau berkata setakat ini, hanya 25 koperasi India memanfaatkan Tabung Modal Pusingan yang disediakan kerajaan menerusi SKM.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 03 2024
Ramanan mengulangi gesaan supaya tohmahan kononnya Anwar meminggirkan kaum India sepanjang mentadbir negara ini dihentikan. - Gambar Bernama
Wanita maut, motosikal dilanggar lori
Mangsa mengalami kecederaan di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
AWANI Pagi: Tak nak kena tipu beli kereta terpakai?
Kelahiran SCRUT yang membongkar penipuan gred dan kondisi kereta import terpakai (kereta recond) telah tular dan memberi impak yang sangat baik kepada industri automotif. Buat masyarakat, ia sesuatu yang baik, manakala buat penjual yang tidak jujur, ia mimpi ngeri. Nak tahu perkongsian lebih lanjut, jangan terlepas tonton #AWANIPagi.
#AWANInews
#AWANInews
Putin puji hubungan Rusia dengan Iran
Putin juga memberi jaminan akan memastikan hubungan baik dengan republik itu berterusan.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Wesak
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha di negara ini.
Penganut agama Buddha sambut Hari Wesak hari ini
Hari Wesak disambut dengan menyalakan colok dan lilin berbentuk bunga teratai, menabur bunga dan memandikan patung Buddha.
AWANI Ringkas: PM hadiri Persidangan Nikkei
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kimberly tinggalkan skuad terjun pada usia 22 tahun
Ia jelas menimbulkan banyak pertanyaan tentang punca sebenar mengumumkan keputusan itu.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [22 Mei 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Azib Zikry & Farhan Hakimi
Kerajaan setuju laksana penyasaran subsidi bahan api diesel
Video tular memasak di stesen minyak: Empat individu mengaku salah
Penumpang SIA meninggal dunia selepas pesawat alami gelora udara
Kerajaan setuju laksana penyasaran subsidi bahan api diesel
Video tular memasak di stesen minyak: Empat individu mengaku salah
Penumpang SIA meninggal dunia selepas pesawat alami gelora udara
WHO gesa Israel tarik balik sekatan bantuan ke Gaza
Saluran utama untuk bantuan perubatan ke enklaf dari Mesir telah terputus.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Dua tangkapan dibebas tanpa syarat
Tangkapan yang dibebaskan ialah seorang lelaki dan seorang wanita yang merupakan pelajar IPT yang ditangkap pada hari kejadian.
PRK KKB: Komuniti India diingatkan jadi pengundi bertanggungjawab - Ramanan
Ramanan berkata mereka tidak seharusnya termakan dengan sentimen yang digerakkan pihak tertentu yang menyeru mereka memboikot PRK berkenaan.
PRK KKB: Masyarakat India dinasihat pilih calon mampu jamin kesejahteraan
Komuniti India harus tidak mudah terperdaya dengan hasutan pihak tertentu yang meminta mereka memboikot PRK berkenaan.
PM tidak pernah pinggir masyarakat India malah salur pelbagai bantuan - Ramanan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah meminggirkan masyarakat India di negara ini malah beliau telah meningkatkan lagi peruntukan kepada mereka.
Banyak usaha Kerajaan Perpaduan bantu masyarakat India - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata banyak usaha dilakukan Kerajaan Perpaduan untuk membantu masyarakat India.
Dana RM30 juta program TVET bukti kerajaan tidak abai masyarakat India - Mitra
Sebanyak RM30 juta yang diperuntukkan bagi Program Khas Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Masyarakat India (MISI) KESUMA-MITRA.
Masyarakat India perlu bersatu padu, perkukuh sektor ekonomi - Ramanan
Masyarakat India perlu memperkasa dan memperkukuh diri dalam bidang ekonomi khususnya peniaga dan usahawan kecil dan sederhana.
Bengkel hala tuju MITRA fokus program impak tinggi masyarakat India
Katanya, wujud keperluan fokus kembali hala tuju MITRA, selain terdapat beberapa kekangan di bawah PTMI 2021 yang wajar dikaji semula.
Kerajaan Pulau Pinang salur pelbagai bantuan untuk pembangunan masyarakat India
Kerajaan Pulau Pinang komited dalam usaha mengukuhkan perpaduan rakyat bagi memastikan tiada pihak tercicir dalam aspek peluang ekonomi, pendidikan dan kebajikan.
Tun M direkod keterangan hari ini
Tun Dr Mahathir Mohamad akan direkod keterangan dipercayai berkaitan kenyataannya baru-baru ini yang didakwa menyentuh sensitiviti perkauman di Yayasan Kepimpinan Perdana pada Selasa.
Anak muda India perlu diberi peluang dalam TVET berteknologi tinggi - Zahid
Ia penting dalam membantu meningkatkan taraf kehidupan golongan itu melalui pendidikan selain membantu mengatasi masalah sosial dalam kalangan masyarakat India.