PM ucap takziah kepada keluarga Mael

Umavathi Ramayah
April 27, 2023 17:13 MYT
Perdana Menteri berkata, sebagai antara nama besar dalam lapangan seni tanah air, khabar duka itu pasti akan meninggalkan dampak dalam industri muzik rock tempatan. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Syed Ismail Syed Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Mael, yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Muar, Johor pada Khamis.
Perdana Menteri berkata, sebagai antara nama besar dalam lapangan seni tanah air, khabar duka itu pasti akan meninggalkan dampak dalam industri muzik rock tempatan.

Saya utus takziah kepada keluarga allahyarham saudara Syed Ismail Syed Ibrahim atau lebih dikenali dengan panggilan Mael yang baru menyahut panggilan Ilahi hari ini. https://t.co/ZxrJzfCBES

— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) April 27, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya turut berduka dan mendoakan roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh," ciap beliau dalam Twitternya di sini, pada Khamis.
BACA: Vokalis XPDC, Mael, meninggal dunia
BACA: Fahmi kongsi khabar duka pemergian penyanyi Mael XPDC
Pemergian Mael turut menjentik rasa duka Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
Fahmi dalam perkongsian di Facebooknya memberitahu, beliau adalah antara jutaan peminat Allahyarham.
"Innalillah. Menerima khabar duka. Penyanyi kumpulan XPDC, Syed Ismail Syed Ibrahim atau Mael meninggal dunia sebentar tadi.
"Saya antara jutaan peminat beliau dan orang sekeliling saya tahu Semangat yang Hilang merupakan lagu kegemaran saya.
"Semoga Allah tempatkan arwah dalam kalangan orang yang beriman.
Al-fatihah," ujarnya.
Dalam hantaran itu, Fahmi turut berkongsi sekeping gambar hitam putih Allahyarham.
Berita sedih mengenai pemergian vokalis kumpulan XPDC itu disahkan sendiri anak perempuannya, Sharifah Irfatasha
Mael, 55, meninggalkan dunia kira-kira pukul 9.30 malam akibat sesak nafas.
Jenazah dilaporkan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bakri Batu 6, Muar pada pagi Jumaat.
#Anwar Ibrahim #mael meninggal dunia #muzik rock tempatan #hiburan tanah air