awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pantau tingkah laku anak, elak jadi mangsa jenayah siber
Elak jadi mangsa penipuan rumah kebajikan palsu - Nancy
Empat lelaki ditahan cuba seludup haiwan ternakan guna jalan tikus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM ucap takziah kepada keluarga Raja Petra, Muhamad Mustafa

Bernama
Bernama
10/09/2024
04:30 MYT
PM ucap takziah kepada keluarga Raja Petra, Muhamad Mustafa
Perdana Menteri Anwar mengucapkan takziah kepada keluarga penulis blog Raja Petra Kamarudin yang meninggal dunia di United Kingdom, malam tadi.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga penulis blog Raja Petra Kamarudin yang meninggal dunia di United Kingdom, malam tadi.
Perkara itu dikongsikan Anwar menerusi hantaran di Facebook hari ini.
"Takziah kepada keluarga blogger Raja Petra Kamarudin atau RPK yang dilaporkan telah dijemput Ilahi malam tadi di Manchester, United Kingdom.
"Saya turut berduka dan mendoakan agar rohnya diberi keampunan oleh Allah SWT dan keluarganya diberi ketabahan serta tahap kecekalan yang tinggi, Insya-Allah," kata Perdana Menteri.
Dilahirkan pada 27 Sept 1950 di Surrey, England, Raja Petra mengendalikan laman web Malaysia Today yang menyiarkan pandangannya mengenai politik Malaysia.
Allahyarham pernah menuntut di Kolej Melayu Kuala Kangsar dan Victoria Institution.
Dalam hantaran berasingan, Anwar turut mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Ahli Parlimen Peringat (kini Ketereh) Muhamad Mustafa yang meninggal dunia semalam.
"Saudara Muhamad merupakan seorang sahabat yang baik. Mendoakan keluarganya dikurniakan kekuatan serta mendoakan agar roh beliau diampunkan segala dosa dan diberi tempat teristimewa di sisinya," kata Perdana Menteri.
Muhamad, 66, meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian pada 11.20 malam tadi akibat komplikasi jantung.
Allahyarham juga pernah menjadi Ahli Dewan Negara bagi penggal 2017 hingga 2020 dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demit (2008 hingga 2013). - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Raja Petra
#muhamad mustafa
#meninggal dunia
#PM Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan