awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM umum Pemerkasa PLUS, bantuan RM40bil untuk rakyat hadapi PKP 3.0

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
31/05/2021
13:05 MYT
PM umum Pemerkasa PLUS, bantuan RM40bil untuk rakyat hadapi PKP 3.0
Bantuan itu berlandaskan tiga matlamat utama iaitu Mempertingkatkan Kapasiti Kesihatan Awam, Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat dan Menyokong Kelangsungan Perniagaan. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Susulan pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh, kerajaan mengumumkan bantuan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa PLUS) berjumlah RM40 bilion, melibatkan suntikan kewangan RM5 bilion daripada kerajaan.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bantuan itu berlandaskan tiga matlamat utama iaitu Mempertingkatkan Kapasiti Kesihatan Awam, Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat dan Menyokong Kelangsungan Perniagaan.
Menurutnya, usaha itu merupakan inisiatif terbaharu kerajaan untuk membantu meredakan cabaran dihadapi rakyat di segenap pelusuk negara.
“Semenjak COVID-19 melanda negara, Kerajaan telah pun melaksanakan pelbagai pakej bantuan dan rangsangan ekonomi berjumlah RM340 bilion.
“Sehingga kini, ia telah memanfaatkan lebih 20 juta ahli isi rumah serta lebih dari dua juta perniagaan dengan suntikan ekonomi melebihi RM200 bilion.
“Justeru, terdapat lebih dari RM100 bilion lagi daripada nilai pakej rangsangan untuk disalurkan sepanjang tahun ini. Sebagai tambahan, pakej tersebut dilengkapi oleh inisiatif Belanjawan 2021 berjumlah RM322.5 bilion,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Perutusan Khas Perdana Menteri Bantuan PKP 3.0 pada Isnin.
Tambah beliau, melalui suntikan fiskal dan langkah yang diumumkan sebelum ini, ekonomi dilihat semakin pulih dari masa ke masa.
“Ini menggambarkan hasil dan impak positif untuk terus melonjakkan pertumbuhan ekonomi, menyokong perniagaan dan menyediakan bantuan kepada rakyat dan sektor ekonomi yang terkesan.
“Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada bulan Mac tahun ini telah melonjak sebanyak enam peratus, nilai tertinggi semenjak pandemik COVID-19 melanda negara,” ujarnya.
Sementara itu, Muhyiddin mengakui kerajaan mempunyai ruang fiskal yang terhad untuk berbelanja buat masa ini namun demi rakyat, kerajaan akan berusaha sedaya-upaya untuk memberikan yang terbaik.
“Atas dasar keprihatinan terhadap kebajikan rakyat, kerajaan akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan wujud keseimbangan antara lives and livelihood iaitu keperluan untuk melindungi nyawa, dan menjamin kesejahteraan rakyat.
“Ia termasuklah peluang saudara-saudari mencari nafkah untuk keluarga tersayang sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini,” katanya.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#PM
#Perdana Menteri
#PEMERKASA
#COVID-19
#pandemik
#ekonomi
#PKP
#PKP Penuh
#KDNK
#perintah kawalan pergerakan
#sekatan pergerakan penuh
#suntikan
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan