KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin sasaran untuk mencapai imuniti kelompok di negara ini akan dapat dicapai sebelum akhir tahun ini.
Beliau menzahirkan keyakinan itu berikutan jaminan perjalanan bekalan vaksin yang ditempah akan sampai sebelum akhir tahun ini.
Perdana Menteri berkata, beliau dimaklumkan bekalan vaksin akan sampai lebih awal daripada yang dijadualkan.
"Saya diberitahu oleh menteri (berkaitan) bekalan ini (vaksin) dah mula sampai bahkan saya dimaklumkan akan sampai lebih awal daripada jadual. Dahulu kalau jadualnya tahun depan, 2022 baru dapat selesai, tetapi sekarang ini saya telah diberi jaminan katanya sebelum akhir tahun ini akan dapat semua bekalan.
“Maknanya kita boleh dapat capai herd immunity atau 80 peratus suntikan vaksin (untuk penduduk Malaysia) sebelum akhir tahun ini," katanya dalam Bicara Khas Cabaran Pandemik COVID-19 eksklusif bersama Perdana Menteri yang disiarkan di RTM dan Bernama TV malam ini.
Beliau juga menjelaskan kerajaan juga sedang berusaha untuk membekalkan vaksin kepada hospital dan pihak swasta bagi mempercepatkan proses pemberian vaksin kepada rakyat.
"Dia (proses vaksin di fasiliti swasta) tak kena caj pasal ia tanggungan kerajaan. Kita minta mungkin hospital itu boleh caj RM14 (dibiayai Kerajaan) sekali jab macam tu dan vaksin tu percuma," katanya lagi.
Perdana Menteri juga berkata, kerajaan tiada halangan jika ada pihak di negara ini yang mahu membeli sendiri vaksin COVID-19 tetapi pihak itu mesti mendapat kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).
"Katalah sesetengah agensi misalnya Petronas dan sebagainya (hendak membeli) kita tak boleh halang. Syaratnya ia mesti diuji selamat (oleh NPRA) dan kenalah ada lesen.. tak boleh curi-curi, seludup bawa masuk," katanya.
Bagi melancarkan proses vaksinasi, Perdana Menteri berkata lebih 600 pusat pemberian vaksin (PPV) disediakan setakat ini dengan PPV mega di Pusat Dagangan Dunia (WTC) yang boleh memuatkan 8,000 orang.
Katanya kerajaan juga mensasarkan seramai 150,000 orang mampu divaksin setiap hari tidak lama lagi dengan kemudahan PPV yang ada.
Perdana Menteri juga berkata Malaysia akan mengikut panduan yang ditetapkan oleh pengeluar vaksin berhubung tempoh selang masa antara suntikan pertama dan kedua vaksin COVID-19 dalam proses pemberian vaksin itu kepada rakyat.
"Saya dinasihatkan oleh KKM (Kementerian Kesihatan) kita ikut cara yang diberi oleh pengeluar vaksin. Contohnya Pfizer tetapkan buat suntikan kedua lepas 21 hari, jadi kita ikut kata dia (Pfizer), kerana mereka ada pakar yang telah membuat kajian kenapa perlu disuntik selepas 21 hari, kita tidak ada masalah dengan ini.
“Bagi saya tak kira apapun setiap orang berhak dapat, jika Johnson & Johson sekali suntik sahaja kita ikut, jika dua dos kita ikut dua dos. Kita ikut dan patuh," katanya.
Dilaporkan berkuatkuasa 19 Mei lalu, Singapura melaksanakan strategi melanjutkan selang masa antara suntikan vaksin pertama dan kedua selama enam hingga lapan minggu berbanding tiga hingga empat minggu sebelum ini.
Strategi mengutamakan pemberian dos pertama seperti yang turut dilaksanakan oleh negara seperti United Kingdom dan Jerman itu adalah bagi melindungi lebih ramai orang menerusi pemberian dos pertama vaksin dengan lebih cepat.
Muhyiddin turut menitipkan pesanan bagi mereka yang telah lengkap mendapatkan vaksin supaya terus mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerana jangkitan masih boleh berlaku.
"Jangan langgar SOP. Macam saya dah dua dos vaksin, setakat ini semua test saya semua negatif, tapi saya tak boleh bangga diri kerana jangkitan di luar ini masih berlaku. Kita takkan rasa selamat di Malaysia kalau seluruh dunia masih belum selamat," katanya lagi.
Irwan Muhammad Zain
Sun May 23 2021

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bercakap pada Program Bicara Khas Cabaran Pandemik COVID-19 yang disiarkan dari Angkasapuri malam ini. - Foto BERNAMA
AWANI Global: Muktamadkan Kod Tatalaku (COC) Laut China Selatan
Adakah Kod Tatalaku (COC) Laut China Selatan bakal dimuktamadkan tahun ini? Sejauh mana kerjasama China dan empat negara ASEAN yang lain mencapai kesepakatan menjadikan Laut China Selatan sebagai laut aman didukungi persahabatan dan kerjasama? Diskusi dan analisis bersama hos Nazri Kahar dalam AWANI Global 9 malam ini.

Syahredzan, Young Syefura dipilih anggotai CEC DAP
Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan dan Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman antara pemimpin Melayu yang terpilih dalam Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bagi penggal 2025 hingga 2028.
#AWANIRingkas 16 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 16 Mac 2025
1️⃣ Tiga termasuk ahli kimia ditahan
2️⃣ Kerajaan sudah terima surat permohonan PN
3️⃣ Kelab malam di North Macedonia terbakar, 51 maut
#awaniringkas
1️⃣ Tiga termasuk ahli kimia ditahan
2️⃣ Kerajaan sudah terima surat permohonan PN
3️⃣ Kelab malam di North Macedonia terbakar, 51 maut
#awaniringkas

Gobind Singh raih undi tertinggi pada pemilihan CEC DAP 2025
Ahli Parlimen Damansara Gobind Singh Deo meraih undi tertinggi pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP sempena Kongres Kebangsaan ke-18 parti itu yang berlangsung hari ini.
Astro meriahkan raya, Nyam Nyam Ketupat jadi tumpuan
Sambutan Aidilfitri tahun ini lebih meriah dengan lebih 160 program eksklusif yang disediakan di Astro, merangkumi drama, konsert, rancangan komedi serta pelbagai kandungan hiburan untuk tontonan seisi keluarga.
Program Iftar @Kl kembali meriah
Program Iftar @kl kembali memeriahkan sambutan bulan Ramadan.
Dan kali ini ia memasuki edisi ke-13 yang dianjurkan oleh Motac melalui Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara.
Dan untuk perkembangannya, kita bersama Hasimi Muhamad di Dataran Merdeka.
Dan kali ini ia memasuki edisi ke-13 yang dianjurkan oleh Motac melalui Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara.
Dan untuk perkembangannya, kita bersama Hasimi Muhamad di Dataran Merdeka.
Rindu gulai ikan temenung ayah
Ramadan tahun ini, tiada lagi gulai ikan temenung dan alunan susara ayah membawa ayat suci Al-Quran di rumah.

SBP sedia terima 70 peratus pelajar pilih aliran STEM - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata cadangan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan perkara itu baru-baru ini adalah selari dengan dasar yang sedang dilaksanakan KPM.
Fadillah sahkan sudah terima surat permohonan PN
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata beliau baharu menerima surat berkenaan yang dihantar oleh Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Islam tidak mengajar hina agama lain – Mohd Na’im
Sebarang bentuk penghinaan terhadap Islam tidak akan dibiarkan seiring dengan ajaran agama itu yang turut melarang perbuatan menghina agama lain.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, pihaknya akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi memastikan kes penghinaan terhadap islam dibawa ke muka pengadilan.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, pihaknya akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi memastikan kes penghinaan terhadap islam dibawa ke muka pengadilan.

Bicara kes salah guna jawatan, pengubahan wang haram Muhyiddin bermula 17 Sept
Perbicaraan kes menyalahgunakan kedudukan dan menerima wang daripada aktiviti haram dihadapi Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bermula 17 Sept ini.

Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen
Ismail Sabri berkata dunia harus mengecam cadangan itu yang tidak berperikemanusiaan dan tidak harus dibenarkan untuk direalisasikan.

Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa
Asmar berkata terdapat juga beberapa individu berjumpa secara terus dengan Muhyiddin berhubung permohonan projek berkenaan sebelum berjumpa dengan beliau.

Muhyiddin mahu cabar Akta Hasutan di Mahkamah Persekutuan
Muhyiddin yang berdepan satu kes hasutan ketika kempen PRK DUN Nenggiri akan merujuk persoalan undang-undang berhubung Akta Hasutan 1948 ke Mahkamah Persekutuan.

Sebut perkataan menghasut: Muhyiddin kekal pengakuan tidak bersalah
Muhyiddin mengekalkan pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Tinggi hari ini atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK Nenggiri.

Muhyiddin ingatkan pemimpin PN semak fakta sebelum buat kenyataan
Pemimpin Perikatan Nasional (PN) diingatkan supaya menyemak fakta terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan secara terbuka.

Saman fitnah: Muhyiddin bayar ganti rugi RM1.4 juta kepada Lim Guan Eng
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendepositkan RM1.4 juta sebagai jumlah penghakiman ganti rugi saman fitnah yang perlu dibayar kepada Pengerusi DAP Lim Guan Eng.

Kes Muhyiddin: 4 salah guna kedudukan, 3 AMLA dibicarakan bersama
Hakim, Azura Alwi memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan permohonan pendakwaan selaku pemohon, untuk menggabung kes-kes itu.

Saman fitnah terhadap Muhyiddin: Guan Eng fail rayuan, mahu faedah lima peratus
Lim tidak berpuas hati apabila tiada perintah mengenai kadar faedah lima peratus setahun ke atas jumlah pampasan dalam keputusan Hakim Roz Mawar Rozain.

Muhyiddin dapat penangguhan bersyarat, perlu bayar RM400,000 sebelum 31 Dis
Mahkamah Tinggi mengarahkan Muhyiddin membayar sebahagian jumlah penghakiman, iaitu RM400,000 kepada Lim sebelum 31 Dis ini.