KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan terima kasih kepada semua yang menyampaikan ucapan dan doa sempena ulang tahun kelahirannya ke-62 hari ini.
"Terima kasih juga kepada semua yang memberikan ucapan, doa dan sebagainya. Saya sangat menghargainya," katanya dalam hantaran yang dimuat naik dalam laman Facebooknya malam ini.
Sambil menyertakan gambar isterinya Datin Seri Muhaini Zainal Abidin dan cucunya, Jeanelle Nika Mandagie bersama kek hari jadi, Perdana Menteri berkata anak-anaknya yang membuat persiapan bagi meraikan ulang tahun kelahirannya itu.
Dalam hantaran tersebut, Ismail Sabri juga mengimbas kenangan ketika kecil bahawa beliau jarang menyambut ulang tahun kelahirannya, namun apabila telah mempunyai anak, setiap tahun beliau akan meraikan hari jadi anak-anaknya.
"Walau sibuk macam mana pun saya tetap akan kosongkan jadual untuk mereka, daripada kecil sampailah dah besar panjang semua.
"Bila saya dah makin tua, anak dah makin besar mereka pula yang sentiasa tak sabar 'celebrate birthday' (sambut hari lahir) saya dan isteri. Alhamdulillah sebagai 'parents' (ibu bapa), saya rasa sangat dihargai," tulisnya.
Ismail Sabri dilahirkan pada 18 Jan 1960 di Temerloh, Pahang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 18 2022

Ismail Sabri juga mengimbas kenangan ketika kecil bahawa beliau jarang menyambut ulang tahun kelahirannya. - Gambar fail

Kerjasana | PKNS-UiTM meterai MoU bagi memelihara SACF
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memelihara 85.3 ekar Hutan Komuniti Shah Alam (SACF) yang dimiliki PKNS. Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datuk Mahmud Abbas berkata, Hutan Komuniti PKNS yang terletak di Bandar Sierra Alam itu akan terus dipulihara sebagai habitat flora dan fauna serta kawasan ekologi.

Denggi | Pelepasan nyamuk Wolbachia kurangkan 40% kes
Pelepasan lebih tiga juta biji telur nyamuk Aedes Wolbachia mampu mengurangkan 40 peratus kes demam denggi di bandar raya Johor. Pelepasan telur itu dibuat secara 14 peringkat yang mengambil masa dua tahun 20 minggu.

Hari Guru | Pengetahuan digital bantu guru serlah potensi pelajar
Sukar mendapatkan penglibatan pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian, 'memaksa' guru berfikiran lebih kreatif dan menggunakan semua sumber yang dimiliki.

Pembaziran Makanan | Tingkat advokasi masyarakat
Malaysia perlu meningkatkan advokasi dan libat urus dengan masyarakat mengenai masalah pembaziran makanan. Profesor dan Pengarah Eksekutif, Sunway Centre for Planetary Health, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood berkata perkara itu perlu dilakukan selari kesediaan masyarakat untuk mengubah mentaliti dan gaya hidup.

Ban Pecah | MAFI luluskan RM2.5 juta bagi proses baik pulih
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM2.5 juta bagi proses membaik pulih runtuhan ban kanan Terusan Tengah di struktur Alor Limpah, Sungai Santap, Pelubang. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi yang mengesahkan perkara itu memaklumkan kerja pembaikan telah dimulakan dan dijangka mengambil masa 14 hari.

Ladang Ternakan Ayam | FLFAM nafi penutupan dua hari sebagai protes
Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) menafikan notis penutupan dua hari sebuah ladang ternakan ayam di Melaka, sebagai protes terhadap kerajaan yang didakwa lambat melakukan bayaran subsidi harga ayam sebanyak 60 sen. Menurut Penasihatnya Datuk Jeffrey Ng, penghentian pengoperasian sesebuah premis itu adalah perkara biasa disebabkan faktor tertentu dan keputusan penutupan ladang berkenaan itu juga, jelas tidak akan mengganggu rantaian bekalan.

Kes Bunuh Tetak | Polis rakam keterangan wanita, giat kesan 4 suspek
Polis sudah mengambil keterangan wanita yang terlibat dalam kes bunuh seorang lelaki yang ditetak dalam kejadian pergaduhan di medan selera di Kampung Baru, Bukit Mertajam pada Sabtu lepas. Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Shafee Abd Samad selain wanita itu, polis turut mengambil keterangan ahli keluarga mangsa.

10 Berita Pilihan - (18 Mei 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Skuad badminton lelaki kempunan pingat emas
Skuad muda negara gagal menyaingi kehebatan Thailand apabila terpaksa berpuas hati dengan pingat perak.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 18 Mei 2022.

Hapuskan peranan orang tengah dalam sektor pertanian - PM
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggesa agar budaya 'orang tengah' dalam sektor pertanian dan rangkaian bekalan makanan dihapuskan bagi mengawal kos sara hidup yang meningkat.

Dasar Pandang ke Timur berjaya, perlu kekal jadi asas strategi pembangunan Malaysia - Tun Mahathir
Hari ini, Dr Mahathir berkata terdapat hampir 1,500 syarikat Jepun beroperasi di Malaysia, dan menggaji lebih 400,000 rakyat Malaysia.

Permit Import (AP) makanan dimansuhkan - Perdana Menteri
Pemansuhan itu berkuatkuasa serta-merta dan ia kini terbuka kepada sesiapa sahaja untuk mengimport makanan dari luar negara.

Elisabeth Borne dilantik Perdana Menteri Perancis yang baharu
Beliau menjadi wanita kedua memegang jawatan berkenaan dalam sejarah politik negara itu.

PM hadir sambutan Aidilfitri Menteri KUSKOP
Kehadiran Perdana Menteri disambut gembira dan meriah para tetamu yang hadir dengan ada yang mengambil kesempatan bergambar bersama beliau.

Pakistan tingkatkan kawalan keselamatan Imran Khan
Kerajaan Pakistan mengeluarkan arahan supaya mempertingkatkan kawalan keselamatan bekas perdana menteri Imran Khan selepas beliau secara terbuka mendedahkan terdapat rancangan untuk membunuhnya.

PM harap guru terus berbakti untuk anak-anak Keluarga Malaysia
Guru umpama pelita yang menerangi kehidupan sepanjang hayat. Onak dan ranjau tetap ditempuhi dengan tenang, kata Perdana Menteri.

UMNO sedia hadapi PRU, tarikh kerajaan tentukan
UMNO bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), bagaimanapun tarikh bila ia akan diadakan ditentukan oleh kerajaan.

Ismail Sabri tiba di Pangkalan Udara TUDM, selepas lawatan kerja empat hari ke AS
Kira-kira 400 orang berada di perkarangan pangkalan udara itu untuk menyambut ketibaan Perdana Menteri dengan membawa pelbagai kain rentang.

Imran Khan dakwa ada cubaan bunuh, rakam video dedahkan nama dalang
"Saya telah merakam video dan menyimpannya di tempat selamat. Jika sesuatu berlaku kepada saya, seluruh negara akan menonton video ini."