awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pasangan suami isteri di Besut derita sakit kronik
20 kebakaran terbuka di Melaka dalam tempoh 12 jam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Militan Bangladesh kutip RM500 setahun biayai kegiatan ekstremis di Syria, Bangladesh

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
04/07/2025
07:20 MYT
Militan Bangladesh kutip RM500 setahun biayai kegiatan ekstremis di Syria, Bangladesh
Mohd Khalid berkata, siasatan mendapati wang kutipan itu dipercayai disalurkan untuk menyokong perjuangan militan di Syria, Bangladesh dan juga Islamic State (IS). - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Gerakan Militan Radikal Bangladesh (GMRB) yang dikesan aktif sejak setahun lalu dipercayai merekrut warga Bangladesh yang bekerja di Malaysia dengan mengenakan bayaran keahlian tahunan sebanyak RM500 bagi membiayai kegiatan berkaitan gerakan ekstremis.

Ringkasan AI
  • GMRB aktif merekrut pekerja Bangladesh di Malaysia, mengenakan yuran keahlian RM500 setahun untuk membiayai kegiatan ekstremis, termasuk sokongan kepada militan di Syria, Bangladesh dan IS.
  • Keahlian dan aktiviti kumpulan dijalankan secara digital, dengan baiah (ikrar taat setia) dilakukan dalam talian serta perjumpaan rahsia disusun melalui WhatsApp dan Telegram; ahli yang berbaiah dilantik ketua untuk tubuh sel baharu.
  • Sasaran rekrut utama adalah pekerja sektor kilang, pembinaan dan stesen minyak, dengan proses pengambilan dibuat secara berperingkat dan dipercayai telah berjalan hampir setahun sebelum tindakan penguatkuasaan bermula pada April.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, siasatan mendapati wang kutipan itu dipercayai disalurkan untuk menyokong perjuangan militan di Syria, Bangladesh dan juga Islamic State (IS).
Selain itu sumbangan tambahan pula katanya adalah bergantung kepada kemampuan maisng-masing.
"Ahli kumpulan dalam WhatsApp dan Telegram dikesan dalam lingkungan 100 hingga 150 orang dan bayaran keahlian sekitar RM500 setahun.
"Sumbangan tambahan daripada ahli-ahli pula bergantung kepada kemampuan masing-masing,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, pada Jumaat.
Militan Bangladesh, kutip RM500 setahun biayai kegiatan ekstremis
Sementara itu, Mohd Khalid berkata, proses melafazkan 'baiah' (ikrar taat setia) boleh dilakukan secara dalam talian.
Menurutnya, mereka yang sudah berbaiah akan dilantik sebagai ketua untuk menubuhkan sel baharu di kawasan tertentu, selain bertanggungjawab memperluaskan pengaruh kumpulan tersebut dalam komuniti pekerja Bangladesh di negara ini.
“Selain itu, mereka turut menyusun aktiviti secara rahsia termasuk sesi taklim (pembelajaran) dan perjumpaan tertutup, yang diatur melalui aplikasi pesanan ringkas,” katanya lagi.
Mohd Khalid memberitahu, kumpulan itu menyasarkan pekerja Bangladesh di sektor kilang, tapak pembinaan dan stesen minyak sebagai sasaran utama rekrut mereka.
"Proses pengambilan ahli dilakukan secara berfasa bermula dari saringan keahlian hingga membentuk kelompok elit.
"Tindakan operasi ini bermula sekitar April lalu, namun kegiatan kumpulan dipercayai sudah berjalan hampir setahun sebelum itu," katanya.
Topic Berkaitan
#Gerakan Militan Radikal Bangladesh
#militan
#Bangladesh
#Interpol
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan