awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PMKS perlu kuasai pendigitalan secara menyeluruh - Rafizi

Astro Awani
Astro Awani
13/01/2023
11:43 MYT
PMKS perlu kuasai pendigitalan secara menyeluruh - Rafizi
Rafizi Ramli (tengah) diapit oleh Henry Tan (kiri) dan Timbalan Penolong Presiden Kanan, Editor Eksekutif, Solusi Kreatif Editorial, Astro AWANI, Zaiful Mohd Ariffin pada Persidangan dan Karnival Jiwa SME anjuran Astro AWANI, di Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR: Syarikat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) perlu mengusai pendigitalan secara menyeluruh.
Menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, data menunjukkan fokus pendigitalan PMKS, kebanyakannya hanya melibatkan pemasaran.
Katanya, PMKS perlu mengusai pelbagai teknologi baharu termasuk dalam proses pengurusan, perniagaan dan operasi.
"Fokus pendigitalan kebanyakan melibatkan pemasaran, tapi kita kena pergi ke peringkat lebih atas termasuk proses pengurusan, perniagaan dan operasi yang kita masih ada jurang besar dari segi ruang pendigitalan.
"Ini kerana pra syarat utama kepada strategi seterusnya adalah untuk mengusahakan serta memastikan kapasiti dan saiz PKMS untuk menjadi lebih besar dan bukan setakat henti pada mikro," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidangan dan Karnival Jiwa SME anjuran Astro AWANI, di sini, pada Jumaat.
Rafizi menambah, kerajaan turut melihat dengan lebih dekat ekosistem PMKS termasuk soal pendanaan dan keupayaan latihan bagi membolehkan mereka dapat memasuki rantaian nilai setempat.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Henry Tan menggesa golongan usahawan menyahut cabaran untuk memperkasakan komuniti PMKS di Malaysia.
Beliau berkata, sejajar dengan itu, Astro AWANI sekali lagi memperkenalkan Jiwa SME kepada usahawan untuk terus melakar kejayaan.
Menurutnya, dengan membawa mantra 'Kami boleh, anda pun boleh' kempen dinamik itu mengangkat PMKS di seluruh negara.
"Kita turut memberi fokus melalui tiga kaedah utama iaitu menyalurka kisah inspirasi, meningkatkan kemahiran usahawan dan tenaga kerja serta berkongsi solusi bagi masalah perniagaan," ujarnya.
Kempen tiga hari sehingga Ahad di Malaysia Grand Bazaar Bukit Bintang City, di sini, juga bakal menampilkan pelbagai aktiviti perkongsian menarik usahawan tempatan termasuk penceramah selebriti.
Topic Berkaitan
#JIWA SME
#PMKS
#usahawan
#Kami boleh anda pun boleh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan