awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PN, FMM bincang cara pertingkat daya saing, cipta faedah ekonomi mampan

Astro Awani
Astro Awani
14/02/2025
14:31 MYT
PN, FMM bincang cara pertingkat daya saing, cipta faedah ekonomi mampan
Azmin memaklumkan, perbincangan produktif telah dijalankan Muhyiddin dan Soh Thian Lai, bagi membantu masyarakat perniagaan mewujudkan persekitaran perniagaan yang proaktif. - Gambar FB Azmin Ali
KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) komited terhadap pendekatan pragmatik dan bekerja secara konstruktif dengan Persekutuan Pekilang Malaysia (FMM), pihak berkepentingan dan kumpulan perniagaan untuk meningkatkan daya saing dan mencipta faedah ekonomi yang mampan dan membawa nilai sebenar kepada ekonomi.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Azmin Ali menerusi kemas kini di media sosial memaklumkan, perbincangan produktif telah dijalankan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden FMM, Tan Sri Soh Thian Lai, bagi membantu masyarakat perniagaan mewujudkan persekitaran perniagaan yang proaktif demi menjamin pertumbuhan dan kemampanan ekonomi Malaysia.
Kata Azmin, FMM menyatakan penghargaan kepada dasar dan kebijakan Muhyiddin yang melaksanakan pakej rangsangan ekonomi, khususnya dasar moratorium dan subsidi gaji dalam usaha memacu pemulihan ekonomi pasca pandemik COVID19.
"Antara perkara yang dibincangkan ialah sistem percukaian SST yang tidak berkesan dan membebankan, kos perniagaan semakin tinggi, nilai ringgit yang tidak mengukuh dan menyumbang kepada kos import khususnya intermediate goods.
"Selain itu, turut dibincangkan ialah keupayaan SME khususnya MSME untuk memacu kebangkitan dalam persekitaran yang sukar, kadar tarif baru elektrik dan rationalisasi subsidi petrol yang memberi kesan langsung kepada pengguna dan rakyat, dasar perdagangan Trump 2.0 yang perlu ditanggani secara holistik, dan pelbagai isu yang menekan pemain-pemain industri dalam pelbagai sektor.
"PN mendengar dan kami merasai denyutan nadi golongan “maha kerja” yang telah berdekad menyumbang kepada perkembangan ekonomi dan industri negara," katanya mengenai pertemuan semasa sambutan Tahun Baharu Cina yang berlangsung pada Jumaat.
Turut serta dalam perbincangan adalah Ketua Pembangkang Parlimen, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Mohd Radzi Jidin.
Topic Berkaitan
#Tahun Baharu Cina
#Perikatan Nasional
#Moratorium
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan