awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PN tuntut penjelasan King Sing isu penamatan kontrak KP Pelancongan

Sinar Harian
Sinar Harian
23/02/2024
16:35 MYT
PN tuntut penjelasan King Sing isu penamatan kontrak KP Pelancongan
Mas Ermieyati berkata, negara bakal menyambut tahun melawat Malaysia 2026, tuduhan terhadap salah laku King Sing membimbangkan dan menggesa pihak berkaitan menyiasat perkara tersebut. - Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Perikatan Nasional (PN) menuntut penjelasan daripada Menteri Pelancongan, Seni dan Kebudayaan, Datuk Seri Tiong King Sing susulan penamatan kontrak Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Negara, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar tanpa alasan kukuh.
Ketua Portfolio Pelancongan Seni dan Budayanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, negara bakal menyambut tahun melawat Malaysia 2026, tuduhan terhadap salah laku King Sing membimbangkan dan menggesa pihak berkaitan menyiasat perkara tersebut.
“Pemain Industri bimbang jika tiada siasatan atau kenyataan rasmi daripada pihak kerajaan, dakwaan yang tersebar akan menjejaskan industri pelancongan negara,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Ammar ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat mengesahkan mengenai penamatan kontrak berkuatkuasa 24 Februari ini.
Beliau yang telah berkhidmat selama 36 tahun dalam industri pelancongan negara ternyata terkejut dan kecewa dengan tindakan King Sing.
Menurut Mas Ermieyati, dakwaan melibatkan tindakan King Sing tidak mencerminkan integriti dan standard etika diharapkan daripada seorang menteri terutama di negara yang terkenal dengan budaya kerja berbilang kaum serta harmoni.
“Tuduhan terhadap beliau merisaukan banyak pihak. Bermula daripada pelantikan rakan-rakan dan ahli keluarga ke jawatan penting dalam pejabat pelancongan adalah kesan nepotisme serta kronisme. Kedua-duanya tidak mempunyai tempat dalam kerajaan yang telus dan berasaskan merit.
“Tambahan lagi, pertukaran sewenang-wenangnya pegawai kerajaan tanpa alasan munasabah menimbulkan persoalan serius tentang motif di sebalik tindakan tersebut,” ujarnya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah turut menyatakan bahawa dakwaan penyalahgunaan dana kerajaan adalah satu kesalahan serius yang tidak boleh diabaikan.
“Sektor pelancongan memainkan peranan penting dalam ekonomi Malaysia dan sebarang salah urus atau penyelewengan dana boleh membawa kesan buruk kepada industri serta negara secara keseluruhannya. Adalah mustahak bahawa dakwaan sedemikian disiasat dan ditangani dengan teliti.
“Tingkah laku seorang menteri bukan sahaja mencerminkan dirinya, tetapi kepada kerajaan dan negara secara keseluruhannya. Rakyat kita berbangga dengan budaya kerja mereka yang pelbagai dan inklusif tetapi tindakan King Sing sangat bertentangan dengan nilai-nilai ini.
“Tanggungjawab kini terletak pada kerajaan dan pihak berkuasa berkaitan untuk menyiasat dakwaan ini secara menyeluruh dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Integriti institusi demokrasi kita dan kepercayaan rakyat menjadi taruhan,” jelas beliau. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#alasan kukuh
#penamatan kontrak
#Perikatan Nasional
#kesan buruk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan